Cara Mohon Dan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Kepada Bujang B40

Cara Mohon Dan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Kepada Bujang B40. Berita baik buat golongan bujang B40 yang menetap atau bermastautin di Negeri Sarawak. Untuk makluman, kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0) kepada isi rumah B40 dan golongan bujang 21 tahun dan ke atas berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah. Bagi anda yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan BPR bagi kategori Bujang B40 tidak perlu membuat permohonan baharu. Manakala, bagi anda gagal boleh mengemukakan rayuan BKSS 6.0 secara atas talian (online) menerusi laman web www.sarawak.gov.my.

Cara Mohon Dan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Kepada Bujang B40

Kerajaan Negeri Sarawak masih meneruskan pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang kepada BKSS 6.0 khususnya kepada golongan B40 dan bujang 21 tahun dan ke atas yang tidak menerima bantuan sebelum ini. Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang manakala isi rumah B40 pula akan menerima bayaran RM1,500.

Cara Mohon Dan Tarikh Bayaran BKSS 6.0 Kepada Bujang B40

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan dan tarikh bayaran :

Syarat Kelayakan BKSS 6.0 Bujang B40

Antara syarat-syarat kelayakan BKSS 6.0 bagi golongan bujang B40 adalah seperti berikut :

  1. Bujang atau ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan bulanan adalah RM2,000 dan ke bawah

Jumlah Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

Bayaran BKSS 6.0 sebanyak RM500 secara one-off kepada individu Bujang B40 bermula pada 31 Ogos 2021.

Kaedah Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

Antara kaedah untuk pembayaran BKSS 6.0 adalah iaitu :

i. Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.

ii. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Cara Mohon Dan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

Bagi individu bujang yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) di bawah kategori Bujang B40 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah secara automatik layak untuk menerima BKSS 6.0.

Manakala, bagi anda gagal boleh mengemukakan rayuan BKSS secara atas talian (online) menerusi laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan. Hantar borang tersebut kepada Pejabat Daerah yang berdekatan dengan alamat pemohon.

Semakan Status Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0

Keputusan rayuan BKSS 6.0 akan dimaklumkan melalui SMS atau secara online di laman web https://www.sarawak.gov.my/bkssrayuan.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang BKSS 6.0, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel ke 555999@sarawak.gov.my.

BACA JUGA : Cara Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Kali Kedua Melalui Emel & Di Kaunter LHDN

Leave a Reply