Cara Mendaftar Maybank MAE Dengan Mudah (e-Wallet)

Cara Mendaftar Maybank MAE Dengan Mudah (e-Wallet). Anda pengguna Maybank? Berita baik buat anda dimana Maybank Malaysia telah melancarkan produk baharu yang dikenali sebagai Maybank Anytime Everyone (MAE). Ia merupakan dompet digital atau e-Wallet yang terbuka kepada semua orang termasuk pelanggan bukan-Maybank. Berikut adalah cara daftar Maybank apps/ MAE.

Cara Mendaftar Maybank MAE

Menerusi Maybank Anytime Everyone, anda boleh menjana duit menerusi aplikasi games yang disediakan oleh apps Maybank. Untuk makluman, setiap permulaan akan diberi ganjaran dengan 1 (satu) peluang untuk bermain permainan tersebut. Bagi mendapatkan lebih peluang bermain ‘MAE-Hem’, anda boleh kongsikan ‘referrel code’ anda untuk digunakan sewaktu pendaftaran MAE oleh rakan-rakan & ahli keluarga.

Cara Mendaftar Maybank MAE Dengan Mudah (e-Wallet)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara mendaftar dan mengaktifkan akaun Maybank MAE termasuk memaparkan ciri-ciri e-wallet Maybank :

1. Bagi yang tiada apps Maybank, sila download dulu, kalau dah ada hanya kemaskini sahaja.

2. Log in apps Maybank, tekan dekat “Say Hello to MAE

3. Daftar MAE, letak email, negeri dan masukkan invitation code : mla0629

4. Kemudian, tekan confirm. Sampai kat topup MAE tu anda skip saja, log out akaun Maybank. Login semula akaun anda. 

5. Tekan kat logo MONEY MAE-HEM dan masa anda main game. 

6. Pastikan anda tekan coin coin tu dan jangan kena kat bom. Untuk dapatkan extra 5 saat, anda kena tekan DIAMOND.

Contoh jana duit dengan Maybank apps

Ciri-ciri Maybank MAE

1. Anda boleh split bill dimana anda boleh membahagi bayaran sesama rakan anda. 

2. Meminta dan menghantar wang sesama pengguna MAE. 

3. Membeli tambah nilai (topup). 

4. Membayar bil.

5. Membeli tiket wayang dan tiket penerbangan.

6. Membayar melalui QRPay. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengaktifkan akaun Maybank MAE dengan mudah. Selamat menjana duit melalui aplikasi games daripada Maybank e-Wallet.

Leave a Reply