Penerima BPN Akan Terima SMS 62000 & 63833 Tentang Pembayaran Mulai 6 April. Bilakah tarikh bayaran Bantuan Prihatin Nasional? Panduan anda yang bakal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Pengumuman penting buat anda dimana penerima Bantuan Prihatin Nasional akan menerima SMS secara berperingkat dari nombor 62000 atau 63833 mulai 6 April 2020 berkenaan pemakluman BPN.
Jadi bagaimana cara pembayaran Bantuan Prihatin Nasional? Bayaran BPN akan dikreditkan ke akaun anda mulai 6 April hingga 12 April 2020. Pengeluaran boleh dilakukan di mana-mana ATM dan tidak dikenakan caj perkhidmatan.
Penerima BPN Akan Terima SMS 62000 & 63833 Tentang Pembayaran Mulai 6 April
Berikut adalah penyataan daripada Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) :
Adakah SMS Dari LHDN Ini Benar?
Ya. Penerima akan menerima SMS dari LHDN bernombor 62000 dan 63833 untuk memaklumkan tentang wang bantuan yang akan dimasukkan ke akaun bank masing-masing.
Anda boleh semak transaksi secara online atau ke mesin ATM masing-masing mulai 6 April 2020.
BACA JUGA : Permohonan BPN Bagi Pemohon Berstatus Muflis/ Disenarai Hitam