Cara Daftar SSM 2020 Renew Lesen Online (EzBiz). Nak daftar dan renew SSM? Perhatian buat anda yang ingin membuat pendaftaran lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Untuk makluman, kini pendaftaran SSM boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal EzBiz SSM. Selain itu, anda juga boleh membuat pendaftaran dengan hadir ke kaunter Pejabat SSM. Terkini, kerajaan mengumumkan satu inisiatif khas buat peniaga kecil PKS yang berdaftar SSM untuk memohon Geran Khas Prihatin (GKP).

Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan badan berkanun yang diasaskan melalui hasil gabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). Ia bertanggungjawab sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.
Cara Daftar SSM 2020 Renew Lesen Online (EzBiz)
Berikut dikongsikan maklumat tentang pendaftaran SSM termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara pendaftaran dan login :
Apa Itu SSM?
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Perniagaan SSM
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran perniagaan SSM adalah seperti berikut:
- Pemilik mestilah warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
- Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
Pendaftaran SSM Melalui EzBiz Online
- Untuk pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web EzBiz SSM https://ezbiz.ssm.com.my/.
- Klik pada butang Sign Up untuk membuat pendaftaran baru.
- Kemudian, isikan maklumat seperti ID Type, ID No dan Name as per IC.
- Tekan butang ‘Register’ untuk meneruskan proses dan pendaftaran SSM.
- Setelah melakukan pendaftaran secara online, buat pengesahan akaun di mana-mana cawangan SSM berdekatan.
- Selepas proses pengesahan, login semula ke akaun anda.
- Kemudian, tekan pada ‘My Business Services’ dan klik New Business di bawah bahagian ‘New Business Registration’.
- Isi dan lengkapkan Borang A/ Form A (Registration of New Business) dengan maklumat seperti nama perniagaan, tarikh mula perniagaan, alamat utama perniagaan, alamat cawangan perniagaan, maklumat pemilik serta rakan kongsi, salinan perjanjian perkongsian, jenis perniagaan yang akan dijalankan dan contoh Borang A (hardcopy).
- Setelah selesai mengisi borang permohonan, anda perlu membuat pembayaran di bahagian ‘Fees & Declaration’.
- Tick ✅ pada ruangan yang disediakan dan tekan butang ‘Submit Payment’.
- Pendaftaran perniagaan anda selesai.
Cara Login SSM Online
- Selepas selesai pendaftaran, anda boleh log in menerusi laman web EzBiz SSM https://ezbiz.ssm.com.my
- Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang disahkan di bahagian Sign In.
- Kemudian, masukkan VERIFICATION CODE seperti yang terpapar.
- Tekan pada butang Sign In.
Cara Renew SSM Online
Kini, pembaharuan lesen SSM boleh dibuat secara online menerusi portal SSM. Sijil Perakuan Pendaftaran SSM akan dihantar ke email anda dalam tempoh 24 jam sahaja.
Sebarang pertanyaan lanjut tentang EzBiz SSM, sila hubungi di :
Menara SSM @ SENTRAL
No. 7, Jalan Stesen SENTRAL 5,
Kuala Lumpur Sentral,
50623 Kuala Lumpur
Hotline SSM: 03 – 22994400
Emel: enquiry@ssm.com.my
BACA JUGA : Cara Permohonan Geran Khas Prihatin Untuk PKS


