Cara Bayar Bil Guna Boost App Melalui RM50 ePENJANA. Anda dah claim RM50 kredit ePENJANA? Untuk makluman, kini rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh membuat tuntutan RM50 kredit ePENJANA mulai 31 Julai 2020 sepertimana dalam laporan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Tujuan kerajaan perkenalkan ePENJANA untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pembayaran tanpa tunai (cashless). Namun begitu, ada juga pemohon yang gagal menebus kredit kerana tidak mengemukakan maklumat lengkap dan tidak menepati syarat kelayakan.

Pemohon boleh menuntut RM50 kredit ePENJANA dengan memuat turun aplikasi MySejahtera dan memilih salah satu penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch n Go Digital. Bagi anda yang memilih Boost wallet, anda boleh memanfaatkan kredit RM50 dengan menggunakan bayaran bil, mengisi minyak dan membeli barangan di kedai terpilih.
Cara Bayar Bil Guna Boost App Melalui RM50 ePENJANA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang RM50 ePENJANA termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara claim dan guna aplikasi Boost :
Syarat Kelayakan RM50 Kredit ePENJANA
- Mestilah warganegara Malaysia
- Mestilah 18 tahun dan ke atas pada 31 Disember 2020
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
- Muat turun aplikasi MySejahtera dan menjadi pengguna berdaftar
Kelebihan Guna Aplikasi Boost
Bagi anda yang menggunakan Boost untuk claim RM50 ePenjana, antara kelebihan yang didapati dalam aplikasi Boost iaitu :
- Membayar bil elektrik
- Membayar bil air
- Mengisi minyak
- Membayar bil telefon Celcom
- Membeli barangan di kedai yang terpilih
Sekiranya anda menggunakan RM50 ePENJANA melalui aplikasi Boost, anda turut menerima beberapa tawaran menarik seperti gambar dibawah.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Claim RM50 ePENJANA Menerusi Boost, GrabPay & Touch n Go
Cara Bayar Bil Guna Boost
Untuk pembayaran bil melalui aplikasi Boost, sila rujuk langkah-langkah di bawah :
- Pergi ke paparan “Do More”.
- Klik pada kategori “Bills & Payment”.
- Klik pada “Add New Bill Account” dan anda akan dialihkan ke paparan “Select Biller”.
- Pilih jenis pembayaran bil yang sesuai dan isikan butiran akaun.
- Klik pada butang “semak” untuk mengesahkan butiran dan dialihkan ke paparan “Pay bill”.
- Masukkan amaun bayaran yang anda inginkan dan klik pada “butang anak panah”.
- Anda akan diminta untuk memasukkan PIN transaksi 6 digit.
- Paparan “Success” menandakan bahawa pembayaran bil anda telah berjaya.
- Setelah berjaya melengkapkan pembayaran, butiran anda akan disimpan secara automatik bagi kegunaan masa depan.
- Klik pada butang “Bill & Payment” pada paparan “Success” untuk melihat akaun yang disimpan.
Nota: Hanya satu bayaran akan diterima untuk satu pengebil dalam masa satu hari. Pembayaran seterusnya kepada pengebil yang sama boleh dibuat pada hari berikutnya.
Sebarang maklumat lanjut tentang ePenjana RM50 melalui Boost, sila hubungi Boost di talian :
- No. Tel : +603-2260 9494
- Web : https://support.myboost.com.my
- Emel : support@myboost.com.my
BACA JUGA : Download MySejahtera & Claim RM50 ePENJANA


