BPN 2.0 : Semakan, Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Bagi Isi Rumah B40/ M40 & Bujang

BPN 2.0 : Semakan, Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Bagi Isi Rumah B40/ M40 & Bujang. Berita baik buat rakyat Malaysia dimana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan tambahan iaitu Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang akan memanfaatkan kepada isi rumah B40, M40 dan golongan bujang. Bayaran BPN 2.0 akan dikreditkan dalam dua ansurans pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya bulan Januari 2021. Bagi penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status dan permohonan baharu mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

BPN 2.0 : Semakan, Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Bagi Isi Rumah B40/ M40 & Bujang

BPN 2.0 : Semakan, Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Bagi Isi Rumah B40/ M40 & Bujang

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Prihatin Nasional 2.0 termasuk memaparkan tarikh, kadar bayaran, semakan status dan permohonan baharu :

Apakah Bantuan Prihatin Nasional 2.0?

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19. Pemberian ini adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

Senarai Intipati Kita Prihatin

Ringkasan pengumuman Kita Prihatin oleh YAB Perdana Menteri pada 23 September 2020:

  • Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 bagi membantu syarikat yang masih terjejas untuk tempoh 3 bulan.
  • Geran Khas Prihatin (GKP) dibuka semula permohonan dari 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 untuk peniaga PKS mikro yang belum berkesempatan membuat permohonan pada Mei lepas.
  • Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0
    seperti berikut: RM1,000 bagi B40 isi rumah, RM500 bagi B40 bujang, RM600 bagi M40 isi rumah, RM300 bagi M40 bujang. Pembayaran BPN 2.0 pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 akan dikreditkan dua kali iaitu pada Oktober 2020 dan Januari 2021.

Kadar Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0

  • RM1,000 bagi B40 isi rumah
  • RM500 bagi B40 bujang
  • RM600 bagi M40 isi rumah
  • RM300 bagi M40 bujang.
BPN 2.0 : Semakan, Kadar Dan Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Nasional Bagi Isi Rumah B40/ M40 & Bujang

Semakan Status Penerimaan Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Bagi anda yang ada akaun bank akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dalam pangkalan data BPN. Sekiranya gagal kredit, penunaian boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Cara Permohonan Baharu Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini. Bagi yang belum mendaftar, permohonan baharu dan rayuan akan dibuka semula.

Untuk keterangan lanjut, sila menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

Leave a Reply