Cara Pendaftaran dan Pembaharuan Perniagaan SSM 2022 Online (ezbiz). Anda ada perancangan untuk memulakan perniagaan atau ingin memperbaharui pendaftaran perniagaan? Panduan buat peniaga dimana kini anda boleh mendaftar perniagaan SSM secara online di portal rasmi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau aplikasi ezbiz online. Dengan adanya sistem ezbiz, anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk renew lesen perniagaan SSM di di kaunter SSM.

Cara Pendaftaran dan Pembaharuan Perniagaan SSM 2022 Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran dan pembaharuan perniagaan SSM terkini termasuk memaparkan aplikasi online :
Cara Daftar SSM Online
1. Bagi pengguna baru, anda perlu membuat pendaftaran di portal http://ezbiz.ssm.com.my. Pastikan anda guna email yang aktif semasa pendaftaran.
2. Selepas pendaftaran online, sila hadir ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa sekali kad pengenalan anda dan notifikasi yang diterima daripada email pengguna.
3. Sila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan jap jari bagi tujuan keselamatan maklumat.
4. Setelah Selesai barulah anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan renew perniagaan secara online.
Harga Daftar, Caj Pembaharuan Lesen & Kompaun SSM
Untuk proses pendaftaran dan pembaharuan SSM, bayarannya adalah seperti berikut:
A. Pendaftaran Perniagaan
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60
B. Pembaharuan Pendaftaran
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60
C. Pembekalan Maklumat Perniagaan
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10
D. Perubahan Maklumat Perniagaan
- Perubahan Maklumat Perniagaan – RM20
E. Pembayaran Kompaun
Cara Renew SSM Online
1. Untuk membuat pembaharuan lesen perniagaan boleh login akaun SSM menerusi portal https://ezbiz.ssm.com.my/.
2. Klik pada bahagian ‘My Business Service’.
3. Pilih ‘Renewal by Owners’ atau ‘Renewal by Others’.
4. Kemudian, klik pada icon ‘Action’ untuk ke proses seterusnya.
5. Pilih perniagaan yang ingin diperbaharui.
6. Setelah selesai, buat bayaran menggunakan kad debit/ kredit atau perbankan online.
7. Sijil dan Maklumat Perniagaan boleh dimuat turun dengan menekan butang ‘Renewal History’.

Untuk maklumat lanjut tentang SSM, sila hubungi talian hotline SSM di 03-7721 4000 atau e-mel ke enquiry@ssm.com.my.