Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018 | Adakah anda pelajar yang ingin melanjutkan pengajian bertaraf Diploma dan Ijazah? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan pinjaman pelajaran atau bantuan biasiswa. Untuk makluman, kini ditawarkan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018 yang boleh dibuat secara online di laman sesawang rasmi www.yayasanpeneraju.com.my. Permohonan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera ini telah dibuka daripada 16 Mac sehingga tarikh tutup permohonan pada 28 Mac 2018.

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM , pelajar semester akhir Matrikulasi/Asasi dan pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi 2018 termasuk syarat kelayakan, senarai kursus dan aplikasi permohonan online :

○ Permohonan Biasiswa MARA 2018 Program Khas JPA MARA (PKJM) Online

Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018

Antara syarat-syarat yang pemohon mesti memenuhi adalah seperti berikut :

Bagi Lepasan SPM / STPM 2017

A. Pembiayaan Dalam Negara

Dari pengajian asas sehingga ke Ijazah Sarjana Muda di IPTS terpilih. Syarat kelayakan:

○ SPM min 5A-

○ STPM mln 2A-

B.  Pembiayaan Luar Negara

Dari pengajian asas sehingga ke Ijazah Sarjana Muda di mana sekurang-kurangnya tahun terakhir pengajian berada di antara 100 universiti teratas dunia (QS Ranking). Terbuka kepada lepasan SPM 2017 dengan keputusan min 8A.

Skop Pembiayaan Program Peneraju Tunas Potensi

i. Yuran Pengajian

ii. Elaun Bulanan (termasuk penginapan)

iii. Elaun Buku

iv. Program Pemupukan & Pembangunan

v. Program Persediaan Bahasa Inggeris

Nota : Untuk semakan senarai kursus & institusi, boleh rujuk disini.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju 2018 Online

1. Untuk membuat permohonan, anda boleh mengisi borang permohonan yayasan peneraju secara online di http://mohon-yayasanpeneraju.com.my/.

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh email ke ptp@yayasanpeneraju.com.my dan di talian 03-27279002 / 9016.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera 2018/ 2019 bagi Program Peneraju Tunas Potensi secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa pendidikan ini.

Leave a Reply