Tarikh Pameran MAHA 2020 (Aktiviti & Acara). Bilakah tarikh MAHA 2020? Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau ringkasnya MAHA akan tiba lagi dimana bakal diadakan di Taman Ekspo Pertanian (MAEPS) Serdang, Selangor. Program MAHA 2018 akan berlangsung mulai pada 22 November hingga 2 Disember 2018. Apa aktiviti menarik yang ada di MAHA 2018?
Pameran MAHA 2018 yang bertemakan “Segalanya Wanita” dipilih kali ini untuk memperkasakan usahawan wanita dan menonjolkan golongan itu dalam industri agromakanan negara. Pelbagai aktiviti dan acara yang telah direncanakan dengan menyasarkan jualan sebanyak RM500 juta dan lebih daripada 3.5 juta pengunjung ke pameran MAHA 2018.
Tarikh Pameran MAHA 2020 (Aktiviti & Acara)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tarikh pameran MAHA termasuk memaparkan aktiviti-aktiviti yang ada di pameran itu :
Tarikh Pameran MAHA 2018
MAHA 2018 yang dianjurkan selama 11 hari akan memfokuskan kepada agromakanan termasuk tanaman, ternakan, perikanan, teknologi, pelancongan agro, perdagangan, kulinari dan pembiayaan khususnya kepada usahawan wanita.
Tema MAHA 2018 : Segalanya Wanita
Tarikh : 22 November – 2 Disember 2018
Tempat : Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor
Aktiviti Pameran MAHA 2018
Antara tarikan MAHA adalah jualan bahan pertanian dan makanan seperti ;
1. Juadah popular dari seluruh negeri.
2. Produk industri asas tani (IAT).
3. Buah-buahan, sayuran segar, anak pokok, bunga-bungaan serta ikan dan makanan laut segar.
4. Terdapat 13 pavilion negeri akan dibuka di mana ia akan menampilkan identiti, kebudayaan, pameran dan juadah makanan negeri.

Brosur Pameran MAHA 2018
Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh layari ke FB rasmi MAHA 2018.
Selamat mengunjung ke MAHA 2020 bersama-sama dengan anak anda dan rakan-rakan.