Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020. Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)? Panduan buat anda yang ingin membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH tahun 2020. Skim Khairat Kematian adalah merupakan satu skim yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) atau kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup untuk menggantikan insurans takaful berkelompok sebelum ini. Bagi pewaris yang layak akan menerima bayaran RM1,000 dan tuntutan SKK BSH 2020 boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

Skim Khairat Kematian diperkenalkan adalah untuk memberi manfaat kepada waris penerima BSH bagi kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia layak mendapat bantuan RM1,000 di dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Januari 2020.

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tuntutan Skim Khairat Kematian BSH termasuk memaparkan syarat kelayakan SKK dan cara permohonan :

Tarikh Tuntutan SKK BSH 2020

Pemohon layak bayaran Fasa Pertama BSH 2020 yang meninggal dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Januari 2020, tarikh tuntutan SKK BSH 2020 boleh dibuat bermula pada 1 Februari 2020 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Syarat Kelayakan SKK BSH 2020

Antara syarat-syarat kelayakan SKK BSH 2020 adalah bagi kategori Isi Rumah seperti berikut:

i. Kahwin;
ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
iii. Bujang / Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berumur 60 tahun dan ke atas

Jumlah SKK BSH 2020

Jumlah SKK yang akan diterima oleh waris sebanyak RM1,000.

Cara Tuntutan Skim Khairat Kematian SKK

Pembayaran SKK boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan tarikh tuntutan adalah seperti di bawah :

Bil. Perkara Tarikh KematianTarikh Tuntutan (Mulai
1Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Kedua01 Januari 2020 hingga 31 Januari 20201 Februari 2020
2Penerima pembayaran Fasa Pertama dan Kedua serta lulus pembayaran fasa seterusnya BSH 202001 Februari 2020 hingga 31 Disember 202017 Ogos 2020
3Permohonan Baharu yang lulus BSH 202001 Februari 2020 hingga
31 Disember 2020
17 Ogos 2020

Waris perlu membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

i. Sijil kematian asal/ salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

ii. Kad pengenalan asal waris.

iii. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris.

Soalan Lazim Skim Khairat Kematian BR1M

1. Bolehkah saya mewakilkan penunaian BSH 2020 bagi pemohon yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara semasa tempoh pembayaran?

Tidak. Bagi individu yang bekerja / belajar / menetap / dipenjarakan / meninggal dunia di luar negara tidak layak untuk menerima BSH 2020.

2. Pasangan saya adalah pemohon BSH 2020 dan menerima bayaran fasa pertama serta telah meninggal dunia pada Januari 2020. Adakah beliau layak menerima SKK BSH 2020?

Ya. Pemohon yang layak bayaran Fasa Pertama BSH 2020 dan meninggal dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 31 Januari 2020, waris yang didaftarkan layak untuk menuntut SKK BSH 2020.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Bantuan Sara Hidup 2020, sila hubungi No. Hotline LHDNM 1-800-88-2747 atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

BACA JUGA :

Leave a Reply