Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (Kamal Adli & Puteri Aishah). Saksikan drama terbaru berjudul Utusan Cinta Buat Adam yang bakal menemui anda di kaca tv nanti. Drama ini diarahkan oleh Along Kamaluddin dan menampilkan beberapa pelakon hebat antaranya Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Drama ini akan disiarkan pada 3 Julai nanti selama 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Jom terjah sinopsis drama Utusan Cinta Buat Adam❗

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam (Kamal Adli & Puteri Aishah)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Utusan Cinta Buat Adam yang memaparkan senarai pelakon, synopsis dan siaran langsung :
JUDUL : UTUSAN CINTA BUAT ADAM
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Myra Ameer
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : A-Ten Alliances Sdn Bhd
PELAKON : Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim
Senarai Pelakon Drama Utusan Cinta Buat Adam
● Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
● Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
● Sharifah Sakinah sebagai Liyana
● Kartina Aziz sebagai Tok Wan
● Nazeera Sardi sebagai Fazrin
● Nazrief Nazri
Synopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam
Mengisahkan Aireen Husna seorang doktor yang masih lagi mencari lelaki pilihan idamannya iaitu seorang yang kuat pada agama. Seringkali dipertemukan dengan Adam Firdaus di masjid telah menambat hati Aireen walaupuan tidak kenal siapa gerangan orangnya.
Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan dalam hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya.
Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.
Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana.
Selamat menonton drama Utusan Cinta Buat Adam di saluran TV3!


