Sinopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2 Saharul Ridzwan, Aishah Azman (TV1). Nantikan drama bersiri baharu Terlanjur Mencintaimu 2 lakonan Saharul Ridzwan dan Aishah Azman sebagai teraju utama yang bakal disiarkan mulai 12 DISEMBER 2019 ini. Drama ini akan bersiaran setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7.00 malam di slot Widuri TV1. Drama Terlanjur Mencintaimu 2 arahan Pali Yahya terbitan Tekun Rasmi Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Reen Rahim, Ikhram Juhari, Azam Pitt dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2!

Sinopsis Drama Terlanjur Mencintaimu 2 Saharul Ridzwan, Aishah Azman (TV1)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Terlanjur Mencintaimu 2 termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : Terlanjur Mencintaimu 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Khamis-Ahad, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri (TV1)
PENULIS SKRIP : Mohd Fadzil Mazlan
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : Tekun Rasmi Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Aishah Azman, Meor Mohd, Ikhram Juhari, Reen Rahim, Azam Pitt, Kuna Muzani, Aznah Hamid
Senarai Pelakon Drama Terlanjur Mencintaimu 2
Saharul Ridzwan sebagai Amir Haziq
Aishah Azman sebagai Salina
Reen Rahim sebagai Tengku Hanis
Azam Pitt sebagai Adam
Ikhram Juhari sebagai Alif
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 26 tahun, Amir Haziq Bin Dasuki yang mempunyai masalah / gangguan Autism dalam kategori ASD (Asperger Syndrome).
Walaupun Amir dianggap tidak sempurna di kalangan masyarakat tetapi beliau seorang yang bijak. Pada usia 22 tahun, Amir mula tahu bagaimana mengawal masalah yang dia hadapi sehinggalah satu kejadian yang mula mengubah hidupnya
BACA JUGA : Lagu OST Drama Terlanjur Mencintaimu 2


