Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Aidil Aziz & Nabila Huda

Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Aidil Aziz & Nabila Huda. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Terlerai Noktah’ lakonan Nabila Huda, Aidil Aziz dan Atikah Suhaime sebagai watak utama. Drama Terlerai Noktah akan mula bersiaran pada 26 Ogos 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini diarahkan oleh Amor Rizan di bawah terbitan Padi Pictures Sdn Bhd dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Raysha Rizrose dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Terlerai Noktah!

Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Aidil Aziz & Nabila Huda

Sinopsis Drama Terlerai Noktah Lakonan Aidil Aziz & Nabila Huda

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Terlerai Noktah termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : TERLERAI NOKTAH
EPISOD : 9
TARIKH TAYANGAN : 26 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Hari Isnin hingga Khamis, 10 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Nabila Huda, Aidil Aziz, Atikah Suhaime, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Kazar Abd Razak, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda, Muntazar Ghufran, Zoul Muhammad, Mia Deen, Shyrim Husni, Aresya Rania, Elmy Moin

Senarai Pelakon Drama Terlerai Noktah

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Harris Annuar sebagai Zarul
  • Ieka Zulkifli sebagai Ramlah

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Zaira (Nabila Huda) dan Dr Rudi (Aidil Aziz) merupakan pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata. Zaira mempunyai satu sejarah silam bersama adik perempuannya iaitu Hani (Ainul Aishah) yang telah hilang selama 20 tahun. Suatu hari, hospital psikiatri yang dimiliki oleh Dr Rudi menerima seorang pesakit jiwa bernama Hani yang ditemui oleh pihak polis bersama mayat suami Hani yang mati dan bayinya yang kelaparan. Dr Rudi terkejut mendapati pesakit yang bernama Hani itu adalah adik kandung Zaira yang telah lama hilang.

Sementara itu Rania (Atikah Suhaime) iaitu ketua jururawat yang bekerja di hospital milik Dr Rudi sering cuba memberitahu Dr Rudi tentang sesuatu namun tidak diendahkan olehnya. Rania pula mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya Dr Kamil. Suaminya telah menghilangkan diri lalu membawa anak mereka lari dari Rania.

Kehadiran Jasmine (Raysha Rizrose) iaitu seorang jururawat baharu yang ditukarkan ke hospital psikiatri menimbulkan tanda tanya pada Rania kerana ia adalah atas arahan Dr Kamil, suami Rania sendiri. Jasmine yang ditugaskan untuk menjaga Hani mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kes penemuan Hani. Zaira pula sering terbawa-bawa ingatan bagaimana kehidupan dia dan Hani ketika kecil dahulu. Dan segalanya membawa ingatannya kembali ketika mereka diculik dan dibawa ke Pulau Randai.

Lagu Tema Drama Terlerai Noktah

Bebas – Shazriq Azeman

Leave a Reply