Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Redza Rosli & Amelia Henderson. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Rindu Yang Terindah’ lakonan Redza Rosli dan Amelia Henderson sebagai watak utama. Drama Rindu Yang Terindah akan mula bersiaran pada bulan Mac 2020 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini arahan Emi Sufian di bawah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Esma Daniel, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Maria Farida dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Rindu Yang Terindah!
Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah Redza Rosli & Amelia Henderson
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Rindu Yang Terindah termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :
JUDUL : RINDU YANG TERINDAH
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Emi Sufian
PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Amelia Henderson, Esma Daniel, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Shahz Jaszle, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus, Zaefrul Nordin, Wanna Ali
Senarai Pelakon Drama Rindu Terindah
Redza Rosli sebagai Hazill Wafiy
Amelia Henderson sebagai Airis Warda
Adam Lee sebagai Hazim Wafiy
Nazrief Nazri sebagai Hazieq Wafiq
Hazman Al-Idrus sebagai Zack
Esma Daniel sebagai Sofian
Maria Farida sebagai Raziah
Wanna Ali sebagai Amy
Tunku Affie Rania sebagai Nadia Wani
Shahz Jaszle sebagai Dr Kamal
Zaefrul Nordin sebagai Farouk
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang perkahwinan yang terjadi di antara Hazill Wafiq dan Airis Warda semata-mata hanya ingin membalas dendam. Kematian Hazieq menjadi penyebab hidup Airis menderita. Bukan setakat emosi, tubuh badan Airis juga sering di sakiti.
BACA JUGA : Lagu Tema Drama Rindu Yang Terindah