Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Remy Ishak & Mira Filzah

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Remy Ishak & Mira Filzah. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Pujaan Hati Kanda’ lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah sebagai watak utama. Drama Pujaan Hati Kanda akan mula bersiaran pada 3 Mac 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di saluran TV3. Drama ini arahan Eoon Suhaini di bawah terbitan Mache All Star United Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Pujaan Hati Kanda!

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Remy Ishak & Mira Filzah

Sinopsis Drama Pujaan Hati Kanda Lakonan Remy Ishak & Mira Filzah

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Pujaan Hati Kanda termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Mac 2021 (Ulangan)
WAKTU SIARAN : Hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENULIS SKRIP : Intan Zarina
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Ayden Mikael, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Qazem Nor, Mustaqim Bahadon, Reen Rahim, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Taufiq Hanafi

Senarai Pelakon Drama Pujaan Hati Kanda

  • Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
  • Mira Filzah sebagai Tiara
  • Sarah Hildebrand sebagai Nadine
  • Reen Rahim sebagai Suria
  • Syazwan Zulkifly sebagai Pali
  • Elisya Sandha sebagai Reena
  • Azar Azmi sebagai Fatimah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
  • Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
  • Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
  • Qazem Nor sebagai Rizman
  • Taufiq Hanafi sebagai Naim

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Danny (Remy Ishak), seorang playboy tetapi sudah insaf. Danny berazam untuk membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran.

Hal ini membuatkan bakal isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak diceritakan. Majlis pernikahan tersebut dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Lagu Tema Drama Pujaan Hati Kanda

Pujaan Hati – Adira

Leave a Reply