Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose. Nantikan drama bersiri terbaharu berjudul ‘Perempuan Tanpa Dosa’ lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sebagai watak utama. Drama Perempuan Tanpa Dosa akan mula bersiaran pada bulan Oktober 2020 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini arahan Michael Ang di bawah terbitan Juita Viden Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Uyaina Arshad, Hilal Azman, Yusuf Bahrin, Shaza Bae dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa!

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli & Uqasha Senrose

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Perempuan Tanpa Dosa termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :

JUDUL : PEREMPUAN TANPA DOSA
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 6 Oktober 2020
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Fatinilam Sari Ahmad
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
SINOPSIS PELAKON : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin, Uyaina Arshad, Hilal Azman, Susan Manen, Shaza Bae, Zac Zaky, Mak Wan Latah, Azza Elite, Datin Fadhillah Mansor

Senarai Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa

  • Kamal Adli sebagai Rizal
  • Uqasha Senrose sebagai Lily Haryani
  • Uyaina Arshad sebagai Usu Sakinah
  • Yusuf Bahrin sebagai Rahman
  • Hilal Azman sebagai Datuk Majid
  • Shaza Bae sebagai Yaya
  • Zac Zaky sebagai Eddie
  • Mak Wan Latah sebagai Mak Leha
  • Datin Fadhillah Mansor sebagai Mak Som
  • Azza Elite sebagai Habsah

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang menjaga maruah dimana Datuk Majid terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily (Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli). Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya.

Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya.

Lagu Tema Drama Perempuan Tanpa Dosa

  • Sembah – Naim Daniel

Leave a Reply