Sinopsis Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Dan Mimi Lana

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Dan Mimi Lana. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Masih Ada Rindu’ lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana sebagai watak utama. Drama Kekasih Masih Ada Rindu akan mula bersiaran pada 2 Jun 2021 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di slot Akasia TV3. Drama ini arahan Osman Ali di bawah terbitan Nuansa Production Sdn Bhd menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Masih Ada Rindu.

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Dan Mimi Lana

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu Lakonan Farid Kamil Dan Mimi Lana

Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Masih Ada Rindu termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :

JUDUL : MASIH ADA RINDU
EPISOD : 16
TARIKH TAYANGAN : 2 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia (TV3)
PENULIS NOVEL : Mimie Afini
PENULIS SKRIP : Naza Manas
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Dayang Areeda, Halim Radzi, Aishah Ilias, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Sri Idrina, Nurulazia

Senarai Pelakon Drama Masih Ada Rindu

  • Farid kamil sebagai Hadi/ Hakim
  • Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
  • Fahmi Reza sebagai Badrul
  • Halim Radzi sebagai Imran
  • Dayang Areeda sebagai Nasya
  • Aishah Ilias sebagai Syazwani
  • Kuna Muzani sebagai Zaleha

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Nurul Syafika (Mimi Lana) mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim (Farid Kamil) walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya telah berbadan dua.

Selepas kelahiran anaknya, Lukman Adam membuatkankan hidup Syafika lebih bermakna dan bahagia. Pada masa sama, Hadi yang merupakan adik ipar Syafika menyatakan perasaannya kepada Syafika. Walau bagaimanapun, cinta Syafika terhadap suaminya yang telah meninggal dunia masih kuat dan utuh. Nak tahu apa terjadi kepada Hadi dan Syafika?

Lagu Tema Drama Masih Ada Rindu

  • Nada Kalbu – Aina Abdul
  • Nukilanku – Aisha Retno

Leave a Reply