Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi Lakonan Khai Bahar Dan Riena Diana. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Kisah Cinta Rumi’ lakonan Khai Bahar dan Riena Diana sebagai watak utama. Drama Kisah Cinta Rumi akan mula bersiaran pada 24 April 2021 setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini arahan Idora Abdul Rahman di bawah terbitan Creative Skill Solution menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Fadlan Hazim, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Kisah Cinta Rumi!
Sinopsis Drama Kisah Cinta Rumi Lakonan Khai Bahar Dan Riena Diana
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Kisah Cinta Rumi termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : KISAH CINTA RUMI
EPISOD : 13
TARIKH : 24 April 2021
WAKTU SIARAN : Hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
IDEA ASAL : Raja Azidah Raja Jaafar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Khai Bahar, Riena Diana, Dynas Mokhtar, Sharifah Rose, Hariz Hamdan, Gen Darwish, Cahaya Nilam, Noniswara, Louisa Alissa Chong, Khairil Anwar Aman, Alif Muhaimin, Fadlan Hazim, Khaty Azian
Senarai Pelakon Drama Kisah Cinta Rumi
- Khai Bahar sebagai Mika
- Riena Diana sebagai Runi
- Dynas Mokhtar sebagai Haniza
- Alif Muhaimin sebagai Amin
- Fadlan Hazim sebagai Bakhtiar
- Sharifah Rose sebagai Zahra
- Hariz Hamdan sebagai Zafril
- Noniswara sebagai Datin Asmah
- Gen Darwish sebagai Addin
- Cahaya Nilam sebagai Raihana
- Khaty Azian sebagai Puan Sri Normah
- Alif Hadi sebagai Jeremy
- Khairil Anwar Aman sebagai Mahmud
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Mika (Khai Bahar) dimana ketika kecil dia diajar oleh ayahnya untuk mencari pendapatan dalam apa keadaan sekalipun. Malangnya, Mika terjebak dengan kegiatan tidak baik demi hasil pencarian hidup keluarganya.
Satu pertemuan tidak diduga, Mika bertemu dengan seorang gadis yang baru berusia 23 tahun iaitu Runisa. Pertemuan antara mereka berdua telah merasakan sesuatu hubungan special dan rasa cinta.
Lagu Tema Drama Kisah Cinta Rumi
Hilang Gelita – Khai Bahar