Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Sean Lee & Uyaina Arshad

Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Sean Lee & Uyaina Arshad. Nantikan drama bersiri baharu ‘Jujurlah Nikahi Aku’ lakonan Sean Lee dan Uyaina Arshad sebagai watak utama. Drama Jujurlah Nikahi Aku akan mula bersiaran pada 27 Januari 2020 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Vaganza Astro Ria. Drama ini diarahkan oleh Rashid Sibir di bawah terbitan Arie Zaharie Production turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Rita Nadira, Raja Azura, Zaidi Omar dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku!

Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Sean Lee & Uyaina Arshad

Sinopsis Drama Jujurlah Nikahi Aku Lakonan Sean Lee & Uyaina Arshad

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Jujurlah Nikahi Aku termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :

JUDUL : JUJURLAH NIKAHI AKU
TARIKH TAYANGAN : 27 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria (Slot DramaVaganza)
PENULIS SKRIP : Maizurah Ederis
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Arie Zaharie Production
PELAKON : Sean Lee, Uyaina Arshad, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Zaidi Omar, Hamidah Wahab

Senarai Pelakon Drama Jujurlah Nikahi Aku

Sean Lee sebagai Alan Wong
Uyaina Arshad sebagai Nurin Asyifa
Amar Asyraf sebagai Ahmad Zarif
Rita Nadira sebagai Zurin
Raja Azura sebagai Puan Anzah
Zaidi Omar
Hamidah Wahab

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan tentang Nurin Asyifa, seorang gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan Wong (Sean Lee) yang baik dan mendekati Nurin. Sebenarnya, Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Lagu OST Drama Jujurlah Nikahi Aku

“Racun Hati” nyanyian Ara Johari

Leave a Reply