Sinopsis Drama Hanggang Makita Kang Muli TV3 (Until We Meet Again). Anda peminat drama Filipina? Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Hanggang Makita Kang Muli’ lakonan Bea Binene dan Derrick Monasterio sebagai watak utama. Drama Hanggang Makita Kang Muli yang menggantikan drama Hahamakin Ang Lahat akan mula bersiaran pada 15 Jun 2020 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang di TV3. Drama ini arahan Laurice Guillen di bawah terbitan GMA Network turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Ina Feleo dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Hanggang Makita Kang Muli!

Sinopsis Drama Hanggang Makita Kang Muli TV3 (Until We Meet Again)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Hanggang Makita Kang Muli termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :
JUDUL : Hanggang Makita Kang Muli (Until We Meet Again)
EPISOD : 93 Episod
GENRE : Drama
TARIKH TAYANGAN : 15 Jun 2020, jam 3:00 petang
SIARAN TV : Slot Telenovela TV3
PENGARAH : Laurice Guillen
PRODUKSI : GMA Network
PELAKON : Bea Binene, Derrick Monasterio, Ina Feleo, Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Kim Rodriguez, Luz Valdez, Marco Alcaraz
Senarai Pelakon Drama Hanggang Makita Kang Muli
- Bia Binene sebagai Ana Anabelle
- Derrick Monasterio sebagai Calvin Manahan
- Raymart Santiago sebagai Larry Medrano
- Angelika Dela Cruz sebagai Evelyn Esguerra
- Ina Feleo sebagai Odessa Luna/ Margaret Herrero
- Kim Rodriguez sebagai Claire Esguerra
- Rita Avila sebagai Glenda Manahan
- Luz Valdez sebagai Conching Luna
SINOPSIS
Kerana obsesi Odessa dengan Larry, dia mempunyai pelan untuk merosakkan hubungan antara Larry dengan Evelyn. Odessa menculik anak mereka dan mengurung anak itu di gudang yang terbengkalai. Anaknya, Ana akan membesar bersama dengan anjing menyebabkan dia bertindak seperti binatang tersebut. Akhirnya Ana melarikan diri dari gudang dan bertemu dengan seorang jejaka tampan dan baik hati, Calvin. Nak tahu apa kisah selanjutnya?


