Sinopsis Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid Dan Ruhainies. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Cukup Derita Itu’ lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies sebagai watak utama. Drama Cukup Derita Itu akan mula bersiaran pada 6 Mei 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Drama ini arahan Along Kamaludin di bawah terbitan SR One Sdn Bhd menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Didie Alias, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Lia Natalia, Farhan Asri dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Cukup Derita Itu!
Sinopsis Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid Dan Ruhainies
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Cukup Derita Itu termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : CUKUP DERITA ITU
EPISOD : 35
TARIKH : 6 Mei 2021
WAKTU SIARAN : Setiap Hari Isnin-Khamis, jam 10 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda (TV3)
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Hisyam Hamid, Ruhainies, Didie Alias, Chacha Maembong, Balkisyh Semundur Khan, Jasmin Hamid, Lia Natalia, Farhan Asri, Dian P Ramlee, Hafidzuddin Fazil, Rosnah Johari, Mubarak Majid, Sera Melissa
Senarai Pelakon Drama Cukup Derita Itu
- Hisyam Hamid sebagai Zarul Zafran
- Ruhainies sebagai Ellani
- Chacha Maembong sebagai Ellana
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Lijah
- Jasmin Hamid sebagai Mak Ngah Gayah
- Farhan Asri sebagai Amirul
- Didie Alias sebagai Mak Yek
- Dian P Ramlee sebagai Mak Long
- Sera Melissa sebagai Ayu
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang telah kematian kedua orang tua. Ibu saudara mereka bertanggungjawab menjaga Ellani dan Ellana dimana mereka dilayan tidak sama.
Lagu Tema Drama Cukup Derita Itu
- Cukup Derita Itu – Siti Nordiana
- Pergilah Derita – Asfan Shah dan Lia Aziz