Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim & Nabila Razali (Astro). Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Biar Mereka Cemburu’ lakonan Aiman Hakim dan Nabila Razali sebagai watak utama. Drama Biar Mereka Cemburu akan mula bersiaran pada bulan November 2020 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ini arahan Roslin Sharif di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Biar Mereka Cemburu!
Sinopsis Drama Biar Mereka Cemburu Lakonan Aiman Hakim & Nabila Razali (Astro)
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Biar Mereka Cemburu termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : BIAR MEREKA CEMBURU
TARIKH TAYANGAN : November 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Megadrama (Astro Ria)
PENULIS NOVEL : Anuar Darwisy
PENGARAH : Roslin Sharif
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, Aedy Ashraf, Izzat Mushtaq, Bella Dowanna, Rubini Sambanthan, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Mas Anizan, Adam Malek, Shah Rezza
Senarai Pelakon Drama Biar Mereka Cemburu
- Aiman Hakim sebagai Tengku Eidil
- Nabila Razali sebagai Nadia
- Izzat Mushtaq sebagai Rostam
- Rubini sebagai Marsha
- Aedy Ashraf sebagai Fetri
- Bella Dowanna sebagai Nabila
- Hasmira Azmi sebagai Sofea
- Syahir Shafein sebagai Reza
- Adam Malek sebagai Nabil
- Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
- Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka.
Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!
Lagu Tema Drama Biar Mereka Cemburu
Akan dikemaskini