Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra & Nadia Brian. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ lakonan Adi Putra dan Nadia Brian sebagai watak utama. Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri akan mula bersiaran pada 17 Februari 2021 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran TV3. Drama ini arahan Shuhaimi Lua di bawah terbitan Tanah Beris Film Production turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Sharifah Sakinah, Atiq Azman, Baby Azreen, Aznah Hamid dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri!

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra & Nadia Brian
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : Mulai 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, jam 10 malam
SIARAN TV : TV3 (Slot Samarinda)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
SENARAI PELAKON : Nadia Brian, Adi Putra, Zaki Azeman, Sharifah Sakinah, Baby Azreen, Aznah Hamid, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Rosli Rahman Adam, Kuza, Atiq Azman, Lana Nodin
Senarai Pelakon Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
- Nadia Brian sebagai Raihani
- Adi Putra sebagai Ezlan
- Lana Nodin sebagai Embun
- Sharifah Sakinah sebagai Laila
- Atiq Azman sebagai Pian
- Baby Azreen sebagai Maryam
- Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
- Zaki Azeman sebagai Naim
- Kuza sebagai Mak Su
- Aznah Hamid sebagai Mak Lang
- Ummar Dzariff sebagai Rais
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Laila (Sharifah Sakinah) yang menyintai terhadap Ezlan (Adi Putra) dalam diam tetapi Ezlan pula mempunyai perasaan kepada Raihani (Nadia Brian). Ezlan telah menikahi Raihani menyebabkan Laila patah hati dan lalu bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Ezlan bahagia. Tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka mula retak. Laila membawa seribu mistik dan menyimpan dendam lama yang terpendam apabila cinta tidak di balas.
Lagu Tema Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
Akan dikemaskini