Sinopsis Drama Aku, Dia dan Pinky Promise Lakonan Syafie Naswip & Sweet Qismina. Nantikan drama bersiri baharu ‘Aku, Dia dan Pinky Promise’ lakonan Syafie Naswip dan Sweet Qismina sebagai watak utama. Drama Aku, Dia dan Pinky Promise akan mula bersiaran pada 25 Januari 2020 setiap hari Isnin hingga Ahad jam 10 malam di TV Okey. Drama ini arahan Jamal Khan di bawah terbitan Nusantara Seni Karya turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Jom baca synopsis Drama Aku, Dia dan Pinky Promise!

Sinopsis Drama Aku, Dia dan Pinky Promise Lakonan Syafie Naswip & Sweet Qismina
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Drama Aku, Dia dan Pinky Promise termasuk memaparkan senarai pelakon, tarikh tayangan dan synopsis :
JUDUL : AKU, DIA DAN PINKY PROMISE
EPISOD : 20 Episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey (RTM)
PENULIS SKRIP : Sofia Rhyland
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Nusantara Seni Karya
PELAKON : Syafie Naswip, Sweet Qismina, Sarah Nawud, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Ikhram Juhari, Nelissa Edreena, Ferqisha, Duerra Mitilda, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Shyrim, Diya Lily, Amisha
Senarai Pelakon Drama Aku, Dia dan Pinky Promise
Sweet Qismina sebagai Siti Saleha
Syafie Naswip sebagai Azri
Nelissa Edreena sebagai Hanim
Faha Azhar sebagai Amirul
Hakim Nordin sebagai Suffian
Adam Lee sebagai Daniel
Ferqisha sebagai Lina
Sarah Dawud sebagai Hajar
Ikhram Juhari sebagai Cikgu Ariffin
Iman Zulkarnain sebagai Shah Asnan
Rabaayati sebagai Lela
Farah Zanordin sebagai Cikgu Kamariah
Duerra Mitilda sebagai Sara
Fazlina Ahmad Daud sebagai MakLimah
Shyrim sebagai En Kamil
Farez Ridzwan sebagai Cikgu Hazam
Diya Lily sebagai Shahira
Amisha sebagai Nani
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Siti Saleha (Sweet Qismina) yang berusia 33 tahun dan tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu.


