Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku Lakonan Adam Lee & Wanna Ali. Nantikan drama bersiri terbaharu ‘Adakah Engkau Menungguku’ lakonan Adam Lee dan Wanna Ali sebagai watak utama. Drama Adakah Engkau Menungguku akan mula bersiaran pada 29 September 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta di bawah terbitan Orangetree Production dan menampilkan beberapa pelakon lain antaranya iaitu Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Bella Astillah, Wani Kayrie, Syafi Tee dan ramai lagi. Jom baca synopsis drama Adakah Engkau Menungguku!

Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku Lakonan Adam Lee & Wanna Ali
Berikut dikongsikan maklumat tentang Drama Adakah Engkau Menungguku termasuk memaparkan tarikh tayangan, senarai pelakon dan synopsis :
JUDUL : ADAKAH ENGKAU MENUNGGUKU
EPISOD : 15
TARIKH : 29 September 2022
WAKTU SIARAN : Setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam
SIARAN TV : Slot Lestary (TV3)
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Amin Shakib, Eja Lorena
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production
PELAKON : Adam Lee, Wanna Ali, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Bella Astillah, Wani Kayrie, Syafi Tee, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Fiza Thomas, Ameerul Ashraf, Elanie Aidid, Lan Zailan, Ahmad Syafiq
Senarai Pelakon Drama Adakah Engkau Menungguku
- Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
- Wanna Ali sebagai Ariana
- Neera Aziz sebagai Lara Sofea
- Farhan Asri sebagai Azman Malek
- Nabil Aqil sebagai Reza
- Bella Astillah sebagai Maya
- Wani Kayrie sebagai Tina
- Syafi Tee sebagai Zain
- Sherry Ibrahim sebagai Maksu Aini
- Wan Nor Azlin sebagai Dating Fauziah
- Enot sebagai Mak Long
- Fiza Thomas sebagai Lisa
- Ameerul Ashraf sebagai Syukri
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan tentang Ariana (Wanna Ali) yang terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin dengan jejaka pilihannya apabila keluarga lelaki itu ingin menjodoh anaknya dengan pilihan mereka.
Selepas itu, kehadiran Ikmal (Adam Lee) dapat membuatkan mengubah kehidupan Ariana dimana mereka ditakdirkan bersama. Ikmal juga kehilangan teman wanitanya kerana enggan mengikutnya ke Australia demi menjaga keluarganya.
Lagu Tema Drama Adakah Engkau Menungguku
Sayang Kau Tercipta – Aziz Harun
Bagi yang ingin menonton drama Adakah Engkau Menungguku secara strim boleh ke pautan https://www.tonton.com.my/.
BACA JUGA : Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu