Siaran Langsung Big Stage 2020 Musim Ketiga (Online)

Siaran Langsung Big Stage 2020 Musim Ketiga (Online). Nantikan program realiti nyanyian ‘Big Stage’ musim ketiga (Big Stage 2020) kembali dengan menampilkan 12 peserta yang yang terdiri daripada 8 peserta lelaki dan 4 peserta wanita. Mengangkat Tema Dimensi Berbeza, Big Stage musim kali ini akan berlangsung mengikut prosedur SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Program realiti ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya akan bermula pada 16 Ogos 2020, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Musim lalu, gelaran juara Big Stage disandang oleh Han Byul yang berasal dari Korea Selatan. Siapakah yang bakal juara Big Stage 2020?

Siaran Langsung Big Stage 2020 Musim Ketiga (Online)

Seramai 12 peserta yang diberikan jolokan BBNU yang akan beraksi di pentas utama Big Stage 2020 selama 8 minggu. Tiga ikon muzik tersohor tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai dilantik sebagai juri tetap untuk musim ketiga ini. Manakala, pengacara popular iaitu Alif Satar dan Sherry Al Hadad sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara Big Stage 2020. Juara Big Stage akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Siaran Langsung Big Stage 2020 Musim Ketiga (Online)

Berikut dikongsikan maklumat tentang Big Stage 2020 (Musim 3) termasuk memaparkan senarai peserta dan pautan siaran langsung :

Program Big Stage 2020
Hari : Ahad
Masa : Jam 9.00 malam
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Saluran TV : Astro Ria dan Astro Ria HD
Hos : Alif Satar dan Sherry Al Hadad
Juri : Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai

Senarai Peserta Program Big Stage 2020

  • Osama Yamani Bin Jamal Ubaidillah, 19, dari Ipoh, Perak, (Yamani Abdillah)
  • Muhammad Azzamuddin Bin Lop Hisham, 23, dari Kuala Lumpur, (Azzam Sham)
  • Muhammad Saiful Naim Bin Muhammad Noor, 23, dari Kulim, Kedah, (Usop)
  • Amir Abu Hasan, 24, dari Kuala Lumpur, (Amir Hasan)
  • Rossaidi Bin Abdul Rani, 26, dari Langkawi, Kedah, (Qody Rani)
  • Muhd Fadhlullah Bin Abd Majid, 27, dari Melaka, (Fadh Majid)
  • Muhammad Hafiz Bin Zainal, 28, dari Johor Bahru, Johor, (Hafiz Zainal)
  • Muhammad Dinie Bin Abdul Rashid, 28, dari Pulau Pinang, (Dinie Rashid)
  • Farisha Binti Asmadi, 21, dari Selangor, (Farisha Irish)
  • Nur Nabilah Hashimi, 25, dari Kuching, Sarawak, (Nanasheme)
  • Hanie Soraya Binti Taha, 26, dari Kuala Lumpur, (Hanie Soraya)
  • Alessandra Dianne Ampuria, 26, dari Sabah, (Sandra Dianne)

Live Konsert Mingguan Big Stage 2020

MINGGU PERTAMA

  • Tarikh disiarkan : 16 Ogos 2020
  • Tema : Lagu Sendiri & Cover
  • Live : akan dikemaskini

Leave a Reply