Senarai Peserta Dewi Remaja 2019/2020 (Top 12). Siapakah peserta pilihan dalam finalis Dewi Remaja 2019? Program Pencarian Dewi Remaja musim 2019/2020 kembali lagi untuk mencungkil bakat-bakat baru dimana gelaran Dewi Remaja sebelum ini disandang oleh Raysha Rizrose. Untuk musim baharu, seramai 12 finalis telah diumumkan yang akan berentap untuk mendapat gelaran juara Dewi Remaja 2019. Program Dewi Remaja 2019/2020 bakal bersiaran bermula 26 Oktober 2019 setiap hari Sabtu, pukul 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123). Amelia Henderson bakal menggalas tugas sebagai pengacara dalam program ini. Manakala selebriti terkenal Scha Al Yahya dan Yusry Abdul Halim dilantik sebagai juri tetap yang akan mengadili para peserta. Berikut adalah biodata finalis Dewi Remaja 2019.

Senarai Peserta Dewi Remaja 2019/2020 (Top 12)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Dewi Remaja 2019/2020 termasuk memaparkan finalis dan biodata peserta :
NINA AMIN

Nama : Nina Amin
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi
DIAN

Nama : Adriannna Fernandez Azmi
Umur : 19 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Penuntut jurusan komunikasi korporat di Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM)
AMANDA

Nama : Tengku Shatirah Amanda Binti Tengku Ahmad Badrulddin
Umur : 18 tahun
Asal : Kelantan
Pendidikan : Bekas penuntut dalam Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan
MYRA

Nama : Yusmyra Natasha Binti Abdullah
Umur : 24 tahun
Asal : Selangor
Kerjaya : Memiliki akademi cheerleading sendiri dan aktif sebagai jurulatih cheer
SAIDAH

Nama : Nur Saidah Syahirah Binti Kamarudin
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Bekas penuntut peringkat asasi sains di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
ASH

Nama : Aishah Binti Azhan
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Merupakan pelajar dalam bidang perakaunan di BPP University Birmingham UK,
AZRA

Nama : Nursyaza Azra
Umur : 19 tahun
Asal : Negeri Sembilan
Pendidikan : Merupakan seorang pelajar dalam bidang Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara, Seremban
SHALIN

Nama : Sharlina Gilbert Mojinun
Umur : 23 tahun
Asal : Sabah
Kerjaya : Pernah bekerja sebagai seorang pramugari dan kini bergelar sebagai setiausaha produksi di Koperasi Amanah Pelaburan Berhad.
NYNAA HARIZAL

Nama : Nurul Hanynaa Binti Harizal
Umur : 23 tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan
Kerjaya : Model dan Pelakon
ADRIANA

Nama : Nur Nafissa Adriana Bt Abdul Ghafar
Umur : 21 tahun
Asal : Johor
Pendidikan : Penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya
SYAMIRA

Nama : Norsyamira Izzati Mohd Nazir
Umur : 22 tahun
Asal : Selangor
Pendidikan : Penuntut dalam bidang ijazah sarjana muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam
SHAZA

Nama : Shaza Nuriman Mohamad Zamri
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pendidikan : Merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Seni dari Universiti Malaya
Kerjaya : Seorang hos dan wartawan untuk sebuah saluran digital
Siapakah peserta yang akan merebut takhta Dewi Remaja 2019? Jangan lupa saksikan siaran langsung Dewi Remaja 2019 yang disiarkan di saluran Astro.


