Cara Menganyam dan Membuat Ketupat Dengan Mudah | Kebiasaannya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, ketupat menjadi satu hidangan penting bagi masyarakat Islam di Malaysia. Ianya menjadi hidangan tradisi buat orang Melayu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketupat adalah sejenis hidangan yang sangat popular semasa hari perayaan dimana ianya dibuat daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus. Berikut dikongsikan adalah cara menganyam dan memasak ketupat.
Untuk pengetahuan, sebenarnya terdapat banyak jenis ketupat antaranya ketupat pulut, ketupat nasi dan ketupat palas. Ketupat biasanya akan dihidangkan bersama dengan rendang ayam atau daging, sambal dan lontong.
Cara Menganyam dan Membuat Ketupat Dengan Mudah
Berikut adalah tutorial atau cara menganyam dan membuat ketupat dengan sempurna :
Penyediaan/ Bahan Membuat Ketupat
LANGKAH 1 : Anda perlu menyediakan bahan-bahan dahulu untuk membuat ketupat adalah iaitu ;
1. Beras Pulut Susu (1 Kg)
2. Santan Kelapa Pekat (500 gm / 600 gm)
3. Garam (secukup rasa asalkan ada rasa lemak)
4. Daun Pandan (3 helai dikoyak dan disimpul siap2)
5. Air sikit (untuk bergabung dengan santan pekat)
LANGKAH 2 :
Beras pulut perlu dibasuh dahulu dan direndam biar semalaman.
LANGKAH 3 :
Mula memasak dengan panaskan api sederhana. Setelah itu, masukkan pulut yang direndam semalaman bersama semua bahan-bahan keperluan di atas.
LANGKAH 4 :
Kacau pulut sehingga pulut jadi 1/2 masak dan tunggu santan dah sebati dengan pulut. Pastikan anda kena kacau selalu untuk elak pulut hangit dan bagi masak secara sekata.
LANGKAH 5 :
Kemudian, tutup api dan sejukkan dulu sebelum mula proses membalut ketupat dengan daun palas.
Cara Menganyam Ketupat Dengan Daun Palas
LANGKAH 1 : Bukakan dulu daun palas yang diikat sebelum ni dan terbalikkan (tulang daun ke luar). Cara balut sama macam balut untuk lentur daun. Buat bentuk kon dan bucunya lipat sikit supaya pulut keluar bila rebus.
LANGKAH 2 :
Masukkan pulut dalam kon daun tu dengan bagi kejap.
LANGKAH 3 :
Siap balut dan akhir sekali ikat dan potong lebihan daun tersebut.
Untuk langkah lebih lanjut anda boleh ikut cara buat ketupat menerusi video di Youtube seperti di bawah.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat ketupat dengan mudah.
Sumber : Mamapaparea