Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2018/2019

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2018/2019 | Adakah anda pemohon Program Matrikulasi sesi 2018/2019? Panduan buat anda yang khususnya pelajar lepasan SPM 2017 yang telah membuat permohonan Matrikulasi sesi ambilan 2018/2019. Untuk makluman berdasarkan tarikh keputusan Matrikulasi tahun lepas dijangka akan diumumkan sekitar bulan April 2018. Berikut adalah cara semakan keputusan Matrikulasi sesi 2018/2019 secara online.

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2018/2019

Sepertimana anda tahu, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi telah dibuka bermula 1 Julai 2017 sehingga 24 Disember 2017 dan diberikan lanjutan dengan buka semula permohonan daripada 19 Februari 2018 sehingga 18 Mac 2018. Bagi yang lulus cemerlang dalam Program Matrikulasi, anda boleh membuat Permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke Universiti Awam.

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2018/2019

Untuk pengetahuan, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2017 diumumkan secara rasmi. Result SPM 2017 dijangka diumumkan pada hari Khamis, 15 Mac 2018.

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2018/2019

A. Kemaskini Permohonan Matrikulasi

Bagi pelajar lepasan SPM 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan perlu mengemaskini borang permohonan Matrikulasi secara online. Untuk makluman, calon yang telah memohon Matrikulasi 2018/2019 tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus keputusan rasmi diumumkan.

● Tarikh Kemaskini : 19 Februari sehingga 19 Mac 2018

B. Semakan Keputusan Program Matrikulasi

Berikut adalah cara semakan keputusan tawaran Matrikulasi sesi 2018/2019 secara online dan SMS.

1. Tarikh Rasmi Semakan Matrikulasi

● 2018 : Akan dikemaskini

● 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017

● 2016 : 14 hingga 26 April 2016

2. Aplikasi Semakan Online

● Pemohon perlu layari ke laman sesawang di aplikasi online https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm.

3. Semakan Melalui SMS

Semakan tawaran keputusan Matrikulasi boleh juga dibuat menerusi SMS seperti berikut :

● Taip : MOE<jarak>MAT<jarak>No. KP dan hantar SMS ke 15888.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di talian 03 8884 4083/4040/4036.

Selamat membuat semakan keputusan tawaran Matrikulasi sesi 2018/2019 secara online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi.

Leave a Reply