Permohonan Kemasukan ILKBS (IKTBN/IKBN/AKBG) 2022 Online

Permohonan Kemasukan ILKBS (IKTBN/IKBN/AKBG) 2022 Online. Bilakah tarikh kemasukan ILKBS ambilan baharu? Adakah anda berminat melanjutkan pelajaran ke Institut Latihan Kementerian dan Belia Sukan (ILKBS) bagi sesi Julai 2018? Panduan buat anda yang ingin membuat Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN dan AKBG) sesi 2018, dimana kini permohonan telah dibuka bermula 5 Februari 2018 sehingga 10 April 2018. Bagi pemohon yang memenuhi syarat kemasukan ke ILKBS, boleh memohon Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) secara online di portal UPUOnline.

Permohonan Kemasukan ILKBS (IKTBN/IKBN/AKBG) 2022 Online

Permohonan Kemasukan ILKBS (IKTBN/IKBN/AKBG) 2022 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN & AKBG) termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh penting permohonan, aplikasi online dan program ditawarkan :

Permohonan kemasukan adalah melalui sistem UPU Online http://upu.mohe.gov.my yang mana ia melibatkan kategori A (bagi calon lepasan SPM tahun 2017) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2015 – 2016), mana kala calon yang menduduki SPM tahun 2014 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat.

Calon Kategori A & B yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal bolehlah mendapatkan no. unik ID UPU dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018 dengan harga RM15.64.

Tarikh Permohonan ILKBS Julai 2018

● Tarikh Permohonan : 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018

● Applikasi Permohonan : http://upu.mohe.gov.my

Syarat Kemasukan ILKBS 2018

Antara syarat-syarat umum kemasukan ke ILKBS adalah seperti berikut :

● Mestilah warganegara Malaysia

● Boleh membaca dan menulis

● Berusia di antara 18 hingga 30 tahun semasa memohon

● Belum berkahwin

● Sihat tubuh badan

● Berkelulusan sekurang-kurangnya tamat pengajian SPM

● Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah

● Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)

● Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan

● Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya

● Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan

Program Yang Ditawarkan di ILKBS

1. Diploma MQA

2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap Satu hingga Lima

3. Persijilan JKKP

4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS 2022.

Leave a Reply