Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 Online (Kereta & Motosikal). Berita baik buat golongan isirumah berpendapatan rendah B40 dimana kerajaan di bawah Pakatan Harapan akan melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) pada awal tahun 2020. Inisiatif pemberian subsidi minyak ini merupakan salah satu intipati dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2020. Subsidi RM30 sebulan akan diberi kepada pemilik kereta 1600cc dan ke bawah dan bagi kereta melebihi 1600cc, ia berumur 10 tahun dan ke atas manakala RM12 sebulan bagi pemilik motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas.

Program Subsidi Petrol RON95 akan diapungkan di Semenanjung Malaysia bagi bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di Semenanjung Malaysia dan harga petrol kekal RM2.03 seliter di Sarawak, Sabah dan Labuan. Untuk makluman, program subsidi petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun yang membabitkan seramai 2.86 juta penerima. Sebelum menerima subsidi ini, anda perlu menyemak kelayakan dahulu bermula 15 Oktober 2019 ini.
Semakan Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020 Online (Kereta & Motosikal)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Subsidi Petrol termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi semakan :
Tarikh Semakan: Bermula 15 Oktober 2019
Aplikasi Semakan : https://psp.kpdnhep.gov.my/
Syarat Kelayakan Penerima Program Subsidi Petrol 2020
Antara syarat-syarat yang pemohon perlu memenuhi Program Subsidi Petrol 2020 adalah iaitu :
1. Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4. Kelayakan berdasarkan kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta > 1,600cc dan berumur >= 10 tahun
iii.Motosikal <= 150cc
iv. Motosikal > 150cc dan berumur >= 7 tahun

Cara Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol Online
Bagi anda penerima Bantuan Sara Hidup boleh membuat semak Kelayakan Program Subsidi Petrol secara atas talian (online) mulai 15 Oktober 2019 menerusi pautan di bawah ;
Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada:-
Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna
Aras 2, (Menara), No. 13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya.
Malaysia
BACA JUGA : Soalan Lazim Program Subsidi Petrol
Selamat memanfaatkan insentif subsidi minyak daripada kerajaan!


