Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP Fasa 2 2020. Adakah anda pemohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 sesi 2018? Untuk makluman, kini anda boleh membuat semakan keputusan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Fasa 2 2018 secara online bermula daripada 20 Januari hingga 24 Januari 2018. Sepertimana anda tahu ini merupakan keputusan rayuan UKSBP bagi mereka yang tidak melepasi pada fasa pertama. UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP di seluruh Malaysia.

Ujian Kemasukan Sekolah Beasrama Penuh atau UKSBP adalah merupakan satu syarat kemasukan ke SBP yang baru diperkenalkan pada tahun ini dimana ia adalah satu ujian saringan yang diwujudkan kepada murid yang terpilih sahaja. Bagi mereka yang hanya melepasi Ujian UKSBP mempunyai peluang tinggi untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP Fasa 2 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan kelayakan menduduki UKSBP termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan online:
○ Tarikh Semakan: 20 Januari hingga 24 Januari 2018
○ Aplikasi Online : SEMAKAN UKSBP
Cara Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Fasa 2
1. Pemohon perlu membuat semakan UKSBP melalui pautan yang dikongsikan di atas.
2. Masukkan Angka Giliran UPSR 2017 dan klik pada butang ‘Klik Untuk Semak’.
3. Dipaparkan keputusan anda.
Syarat Pemilihan Kemasukan Ke SBP
Berikut adalah syarat pemilihan kemasukan ke SBP bagi Tingkatan 1 :
● Mestilah Warganegara Malaysia
● Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
● Cemerlang akademik
● Aktif dalam kokurikulum
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di www.moe.gov.my atau hubungi di talian 03-8321 7400.
Semoga anda berjaya melepasi fasa 2 UKSBP tahun 2020.


