Semakan Kad Debit Bank Rakyat KADS1M 2020 Online

Semakan Kad Debit Bank Rakyat KADS1M 2020 Online | Adakah anda pemohon Kad Debit Pelajar (KAD1SM) tahun 2018? Bilakah tarikh menerima atau mendapat Kad Debit Pelajar 2018? Panduan buat pelajar IPTA/ IPTS yang ingin mengetahui status permohonan KAD1SM bagi tahun 2018. Untuk makluman pelajar, kini anda boleh membuat semakan status permohonan Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia secara online di laman web rasmi Bank Rakyat. Berikut dikongsikan adalah cara semakan daftar Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M secara online melalui pautan yang telah disediakan.

Semakan Kad Debit Bank Rakyat KADS1M 2018 Online

KADS1M diwujudkan adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos pengajian para pelajar sama ada institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Dengan adanya Kad Siswa KAD1SM, ia akan lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku 1Malaysia pada tahun-tahun sebelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh dibelanjakan bagi pembelian barangan dan perkhidmatan dari Rakan Dagang terpilih.

Semakan Kad Debit Bank Rakyat KADS1M 2020 Online

Berikut dikongsikan adalah semakan kad debit bank rakyat KADS1M termasuk memaparkan cara permohonan, aplikasi online dan cara hubungi :

Permohonan Kad Siswa Bank Rakyat KAD1SM Online

1. Isi borang permohonan KAD1SM secara online di pautan http://www.bankrakyat.com.my.

2. Isi maklumat anda dengan lengkap.

3. Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan menghantar notis status permohonan di email masing-masing.

4. Hadir ke cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KAD1SM Debit-i.

Cara Semakan KAD1SM Online

1. Layari ke aplikasi https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/

2. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.

Cara Semakan KADS1M Melalui Talian Hotline

1. Telefon Bank Rakyat Hotline di talian 1 300 80 5454.

2. Pilih Bahasa

3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M.

4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat.

5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.

6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan.

7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M.

8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem, maka anda berjaya dengan permohonan ini.

Kegunaan Kad Debit Pelajar KAD1SM

○ Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.

○ Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih sahaja. Terhad kepada jumlah RM250.

○ Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

Leave a Reply