Permohonan Pinjaman Peribadi AEON Credit iCash 2020 | Adakah anda ingin membuat pinjaman peribadi? Sudah pastinya di antara mereka yang memerlukan cash segera untuk bayaran yuran pengajian atau modal mula perniagaan dan juga biaya perubatan. Apakah pinjaman peribadi terbaik masa kini? Untuk makluman, alternatif terbaik untuk anda dapatkan pinjaman peribadi adalah melalui skim pinjaman peribadi AEON Credit.
Sepertimana anda tahu pinjaman peribadi Aeon Credit adalah pinjaman islamik berlandaskan konsep Shariah. Dengan mudah kata ia menggunakan konsep Bai Al Inah iaitu konsep jual beli semula dengan bayaran ansuran.
Permohonan Pinjaman Peribadi AEON Credit iCash 2020
Berikut dikongsikan adalah panduan pinjaman peribadi AEON iCash termasuk memaparkan syarat kelayakan, kelebihan AEON iCash dan dokumen yang diperlukan :
Kenapa Pinjaman Peribadi AEON Credit?
Untuk makluman anda, kini terma dan syarat pembiayaan peribadi yang disediakan oleh AEON telah berubah dan bersifat lebih menarik kepada pengguna. Jika sebelum ini pemohon perlu berpendapatan minimum RM1,000 sebulan, tahun 2018 telah berubah kepada RM800 sahaja.
Tempoh maksimum membayar pinjaman juga dinaikkan kepada 7 tahun dimana sebelum ini adalah hanya 5 tahun sahaja. Had pembiayaan juga ditingkatkan dari RM1,000 hingga RM100,000 mulai tahun 2018.
Pinjaman Peribadi AEON iCash
Pembiayaan peribadi AEON iCash ada menggunakan prinsip Bal Al Inah yang disahkan oleh penasihat Syariah yang dilantik oleh pihak AEON. Berikut adalah antara kelebihan skim pinjaman peribadi AEON iCash :
1. Mudah Kelulusan Permohonan
Pinjaman peribadi melalui AEON iCash adalah sangat mudah mendapat kelulusan daripada bank-bank yang disediakan. Jika anda mmbuat pinjaman peribadi melalui bank, ia akan makan masa lebih lama disebabkan beberapa faktor antaranya kelayakan pemohon, dokumen-dokumen penting dan juga faktor-faktor lain.
2. Pembiayaan Peribadi Yang Tinggi
Jumlah pinjaman peribadi AEON iCash dianggap paling berbaloi kerana ia menawarkan serendah RM1,000 sehingga mencecah RM100,000.
3. Tidak Perlu Guarantor atau Pengesahan Majikan
Untuk pinjaman AEON iCash tidak perlukan penjamin (guarantor), cagaran dan pengesahan majikan.
4. Berkonsepkan Syariah
Bagi anda peminjam seorang Muslim, tidak perlu risau untuk membuat pinjaman peribadi AEON iCash yang berkonsepkan Syariah.
Syarat Kelayakan Pinjaman Peribadi AEON iCash
Antara syarat-syarat yang perlu peminjam patuhi sebelum membuat pinjaman adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
3. Gaji bersih minimum sebulan RM800 sahaja
4. Pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM100,000
Dokumen Yang Diperlukan
A. Bekerja Makan Gaji
○ Kad pengenalan.
○ Penyata EPF(KWSP) yang dicetak di Kiosk (jika ada).
○ Slip gaji 3 bulan terkini / Slip gaji 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
○ Penyata bank 3 bulan terkini / Penyata bank 6 bulan terkini untuk gaji tunai.
○ Buku bank atau penyata bank (untuk tujuan pengesahan).
○ Borang BE dan Resit pembayaran cukai (pilihan).
B. Bekerja Sendiri/Berniaga
○ Kad pengenalan.
○ Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – ROC & ROB.
○ Penyata akaun syarikat 6 bulan terkini.
○ Borang BE/E dan resit pembayaran cukai.
Cara Permohonan Pinjaman Peribadi AEON iCash
Berikut adalah cara untuk memohon pinjaman peribadi AEON iCash melalui kaedah seperti di bawah :
1. Melalui Online
Anda boleh mohon pinjaman peribadi AEON iCash secara online melalui pautan https://www.aeoncredit.com.my/application-forms/personal-financing.
2. Isi Borang Permohonan
Anda juga diberikan pilihan untuk memohon pinjaman peribadi ini dengan mencetak borang permohonan AEON iCash menerusi pautan di https://www.aeoncredit.com.my.pdf. Selepas borang diisikan dengan lengkap, anda perlu menghantar di mana-mana cawangan AEON Credit terdekat.
3. Walk In ke Kaunter AEON Credit
Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan AEON Credit untuk memohon permohonan.