Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan 2020 (SIP) PERKESO Online. Adakah anda pekerja tempatan dalam sektor swasta yang kehilangan pekerjaan? Berita baik buat anda khususnya golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan tahun 2018, dimana kini anda boleh membuat permohonan Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018. Menerusi cadangan daripada Perdana Menteri Malaysia, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan satu sistem baharu iaitu Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) yang bakal dinikmati 6.5 juta pekerja tempatan dalam sektor swasta dengan jangkaan bayaran faedah boleh dibuat mulai 1 Januari 2019.

Untuk pengetahuan, Sistem Insurans Pekerjaan atau nama singkatannya SIP adalah bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapat bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu. Selain itu, sistem SIP ini juga memberi bantuan saraan sementara kepada pekerja termasuk meliputi bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan. Dengan adanya SIP, bagi anda yang kehilangan pekerjaan layak menerima bantuan interim sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan dibawah Akta Sistem Insurans 2017.
Permohonan Sistem Insurans Pekerjaan 2020 (SIP) PERKESO Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO 2020 termasuk memaparkan prosedur bayaran, faedah SIP dan aplikasi online :
○ Jadual dan Tarikh Bayaran PERKESO 2018
Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)?
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru.
Cara Permohonan Interim Sistem Insurans Pekerjaan 2020 Online
Bagi pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan Interim PERKESO secara online di laman portal https://www.perkeso.gov.my/sip/ atau ke UTC atau boleh hadir ke mana-mana kaunter PERKESO di seluruh Malaysia. Anda akan menerima interim berjumlah RM600 sebulan untuk tempoh masa 3 bulan sahaja.
Borang Pendaftaran Program Penempatan Pekerjaan Semula Interim
Anda boleh muat turun borang ini melalui pautan https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration .
Prosedur Bayaran SIP
1. Permohonan SIP boleh dibuat atas talian (on-line) dengan mengisi serta melampirkan borang dan perintah/ surat pengesahan termasuk mendaftar diri sebagai pencari kerja.
2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak kelayakan berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
3. Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku.
4. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucer dan pemidahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

Faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)
1. Penempatan Pekerjaan & Kaunseling Kerjaya
Menyediakan perkhidmatan dan sokongan pekerjaan kepada Orang Berinsurans untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
2. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
Menyediakan elaun mencari pekerjaan bagi tempoh 1 – 6 bulan tertakluk kepada syarat kelayakan caruman dan kesediaan untuk bekerja semula.
3. Elaun Bekerja Semula Awal
Menyediakan elaun bekerja semula awal sebagai insentif bagi menggalakkan Orang Berinsurans untuk kembali bekerja dengan segera.
4. Elaun Pendapatan Berkurangan
Menyediakan elaun pendapatan berkurangan bagi Orang Berinsurans yang bekerja dengan lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan pekerjaan.
5. Elaun Latihan (EL)
Menyediakan elaun latihan harian sekiranya Orang Berinsurans menjalani latihan.
6. Fi/ Yuran Latihan
Membiayai yuran latihan Orang Berinsurans yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang berdaftar.
Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan boleh menghubungi PERKESO di talian 1300228000 atau layari ke laman sesawang PERKESO.
Sumber : PERKESO


