Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018 | Adakah anda pelajar atau pencari kerja? Bilakah tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018? Panduan buat anda yang menanti-nanti kedatangan Karnival Pendidikan MARA 2018 dimana ia akan berlangsung bermula daripada bulan Mac di 6 lokasi mengikut zon di seluruh Malaysia. Selain karnival MARA, turut berlangsung adalah Karnival Pendidikan Tinggi 2018 yang akan diadakan mulai dari bulan Januari sehingga bulan April 2018. Bagi anda yang ingin membuat Permohonan UPUOnline 2018/19, sila layari ke portal rasmi UPU. Berikut dikongsikan adalah jadual dan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018.

Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Untuk makluman tujuan utama Karnival Pendidikan MARA ini diadakan adalah memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini di IPTA, IPTS dan IPma. Dengan adanya karnival ini secara tak langsung anda boleh dapatkan kaunseling pendidikan & kerjaya, permohonan terus & temuduga terbuka dan juga boleh membuat semakan baki tunggakan pinjaman MARA.

Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

Berikut adalah maklumat tentang Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 yang mengandungi tarikh, lokasi dan negeri/ zon :

Aktiviti Menarik Karnival Pendidikan MARA

Di antara aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA 2018 adalah seperti berikut :

○ Photobooth

○ Kaunseling Kerjaya

○ Ceramah Kerjaya

○ Pendaftaran Online Institusi Pendidikan MARA

○ Maklumat Pendidikan IPTA & IPma

○ Cabutan Bertuah

○ Food Truck

○ Jualan Usahawan

○ Pendaftaran Alumni MARA

Tarikh dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018

ZON TENGAH

KUALA LUMPUR : 10-11 Mac 2018 di Lobi Medan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera Aras 6, Kuala Lumpur.

ZON TIMUR

TERENGGANU : 14-15 Mac 2018 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

ZON SELATAN

JOHOR : 17-18 Mac 2018 di Plaza Angsana, Johor Bahru

ZON SARAWAK : 17-18 Mac 2018 di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak

ZON UTARA

KEDAH : 21-22 Mac 2018 di Dewan Kenangan MPSP, Sungai Petani

ZON SABAH : 24-25 Mac 2018 di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu

Jadual Dan Tarikh Karnival Pendidikan MARA 2018

NOTA :

● Pameran bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di semua lokasi.

● Masuk adalah PERCUMA.

Semoga perkongsian ini mengenai Jadual Karnival Pendidikan MARA 2018 dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pelajar dan pencari kerja. Selamat berkarnival!

Leave a Reply