Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2021 Online Tingkatan Satu

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2021 Online Tingkatan Satu. Bilakah tarikh permohonan Sekolah Seni Malaysia dibuka? Perhatian buat pelajar UPSR yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia bagi Tingkatan Satu. Untuk makluman menerusi portal daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia akan dibuka bermula pada 21 Ogos sehingga tarikh tutup pada 20 Oktober 2020. Permohonan ink boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi aplikasi eSSEM.

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2021 Online Tingkatan Satu

Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2021 Online Tingkatan Satu

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Seni Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan:

Tarikh Permohonan: 21 Ogos hingga 20 Oktober 2020

Syarat Kelayakan Sekolah Seni Malaysia

Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia yang pemohon perlu memenuhi adalah seperti berikut :

A. Syarat Am SSeM

1. Warganegara Malaysia

2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)

3. Sihat tubuh badan dan aktif kokurikulum

4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

B. Syarat Akademik SSeM

1. Lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mendapat sekurang-kurangnya gred B
dalam tiga (3) matapelajaran

2. Calon mesti daripada sekolah bantuan penuh kerajaan

3. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat

4. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan

5. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan

6. Mengemukakan rekod kesihatan murid

7. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga

Cara Permohonan Sekolah Seni Tingkatan 1 Online

Permohonan mestilah melalui sistem
atas talian (online) pada alamat URL
https://essem.moe.gov.my.

Nota : Sesi uji bakat pemilihan murid
biasanya dilaksanakan dalam bulan pertengahan Oktober dan November
setiap tahun. Calon yang memohon akan
menjalani sesi uji bakat berdasarkan
bidang kesenian yang dipohon sama ada muzik, tari, teater atau seni visual.

Semakan Status Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2021

Status permohonan masuk ke Sekolah Seni Malaysia atau Program Pendidikan Seni, boleh disemak pada pertengahan bulan Disember.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang kemasukan Sekolah Seni Malaysia boleh ke pautan https://essem.moe.gov.my/lampiran/faq.pdf

Sebarang pertanyaan boleh diajukan
kepada Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03 8872 1620 atau 03 8872 1659.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan tahun 2021.

Leave a Reply