Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing 2018 Online

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing 2018 Online. Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat pemohon khususnya anak jati Negeri Johor yang berpendapatan di bawah RM5,000. Untuk makluman pada 22 Oktober lalu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah melancarkan Rumah Impian Bangsa Johor 2018 bagi membina 1,000 buah rumah di Mersing. Bagi anda yang berkelayakan dan berminat boleh memohon Rumah Impian Bangsa Johor Mersing secara dalam talian (online) di laman web Yayasan Sultan Ibrahim.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing 2018 Online
Kredit imej : tipshartanah Gambar : Hiasan

Rumah Impian Bangsa Johor adalah satu skim perumahan yang dikelolakan oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor untuk membantu anak jati Johor memiliki rumah idaman sendiri. Projek ini membabitkan pembinaan rumah teres satu dan dua tingkat, banglo, rumah berkembar dan rumah kedai yang dilengkapi dengan kemudahan asas yang lain.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Rumah Impian Bangsa Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, ciri-ciri rumah dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Impian Bangsa Johor 2018

Antara syarat-syarat atau kriteria permohonan Rumah Impian Bangsa Johor yang pemohon perlu ikuti :

1. Pemohon perlu terdiri daripada rakyat Johor atau bermastautin di Johor.

2. Pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000 sebulan

3. Bukan anak sulung atau anak tunggal

4. Tidak pernah memiliki hartanah sendiri sebelum ini

Ciri-Ciri Rumah Impian Bangsa Johor Mersing

Antara ciri-ciri atau kriteria rumah yang dibina di bawah projek Rumah Impian Bangsa Johor :

1. Rumah teres satu tingkat berserta tiga (3) bilik tidur dan dua bilik mandi

2. Harga seunit bermula daripada RM70,000

3. Rumah teres dua tingkat berserta 2 bilik air dan 3 bilik tidur

4. Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000

5. Turut disediakan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel.

Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing 2018 Online

Cara  Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor Mersing Online

Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat permohonan Rumah Impian Bangsa Johor secara online menerusi laman web http://yayasansultanibrahim.org.my/.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi www.yayasansultanibrahim.org.my.

Leave a Reply