Permohonan RM50 Kredit ePENJANA Tidak Lulus, Ini Langkah Perlu Dibuat! Anda dah buat permohonan RM50 ePENJANA? Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan bantuan RM50 kredit e-Penjana buat rakyat Malaysia yang bermula dilancarkan pada 31 Julai hingga 30 September 2020. Bantuan kredit e-Penjana boleh ditebus menerusi aplikasi Boost, GrabPay dan Touch n’ Go eWallet. Namun begitu, masih ramai yang mengalami masalah permohonan tidak berjaya atau lambat diluluskan, berikut adalah antara punca-punca permohonan anda tidak berjaya.

Menurut daripada Menteri Kewangan Malaysia, dianggarkan 15 juta rakyat Malaysia akan memanfaatkan bantuan RM50 kredit dan terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-dompet terpilih iaitu Boost, GrabPay dan Touch n Go Digital. Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.
Permohonan RM50 Kredit ePENJANA Tidak Lulus, Ini Langkah Perlu Dibuat!
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan RM50 Kredit ePENJANA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan sebab permohonan tidak diluluskan :
Syarat Kelayakan Bantuan RM50 Kredit ePENJANA
Antara syarat-syarat perlu diikuti untuk permohonan RM50 Kredit ePENJANA :
- Berusia 18 tahun ke dan ke atas
- Berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun berdasarkan rekod terkini di LHDN
- Pemohon telah daftar aplikasi Mysejahtera
Artikel Berkaitan : Cara Muat Turun Dan Daftar Aplikasi Mysejahtera
Sebab Permohonan RM50 Kredit ePENJANA Gagal
Berikut adalah antara sebab-sebab permohonan anda tidak berjaya:
(a) Anda tidak menepati syarat-syarat kelayakan.
(b) Anda tidak mengemukakan maklumat yang lengkap.
(c) Mengambil kira trafik permohonan yang tinggi, kemungkinan terdapat kelewatan dalam mendapatkan kredit ePENJANA RM50 anda.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kredit ePENJANA melalui e-Dompet, sila hubungi di talian :
(a) Boost
– Tel: +603-2260 9494
– E-mel: support@myboost.com.my
– Web:
https://support.myboost.com.my/hc/enus/requests/new
(b) GrabPay
– Tel: +603-2788 1300
– E-mel: epenjana@grab.com
– Web:
https://help.grab.com/passenger/enmy/360045705731-ePenjana-(MY)
(c) Touch ‘n Go e-Wallet
– Tel: +603-5022 3888
– E-mel: tngewalletcs@tngdigital.com.my
– Web: https://tngd.my/careline-webform
BACA JUGA : Cara Claim RM50 ePENJANA Mulai 31 Julai


