Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Online | Adakah anda calon yang telah membuat Permohonan Program Matrikulasi sesi 2018/2019? Bilakah tarikh semakan tawaran Matrikulasi 2018? Panduan buat anda yang telah membuat semakan kemasukan ke Program Matrikulasi sesi 2018/2019? Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya dalam permohonan Matrikulasi 2018/2019. Untuk makluman, bagi pemohon yang gagal, anda boleh membuat permohonan rayuan Matrikulasi secara online ang dijangka dibuka pada bulan April 2018. Bagaimana cara membuat Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018?

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Calon disarankan sentiasa melayari Laman Web Rasmi BMKPM bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh dibuka rayuan Matrikulasi. Sedia maklum, selain membuat permohonan rayuan melalui surat rayuan. Terdapat DUA cara lain iaitu rayuan secara online di Bahagian Matrikulasi dan hadir sendiri ke Bahagian Matrikulasi KPM.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Online

Berikut dikongsikan adalah contoh surat rayuan permohonan Matrikulasi bagi mereka yang gagal mendapat tawaran kemasukan Program Matrikulasi KPM buat kali pertama :

● Tarikh Rayuan : Akan Dikemaskini (Dijangka penghujung bulan April 2018)

Cara Rayuan Matrikulasi KPM 2018

A. Rayuan Matrikulasi Online

○ Urusan rayuan Matrikulasi boleh dibuat secara online dengan merujuk di Aplikasi Matrikulasi KPM.

B. Rayuan Matrikulasi Menulis Surat Rasmi

Selain itu, anda juga boleh menulis surat permohonan rayuan Matrikulasi dan perlu lampirkan beberapa dokumen seperti berikut :

i. Salinan kad pengenalan diri yang disahkan

ii. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa yang telah disahkan

iii. Salinan keputusan SPM yang telah disahkan

iv. Salinan sijil aktiviti kokurikulum yang telah disahkan

Dokumen yang lengkap seperti surat rasmi rayuan, perlulah dihantar ke alamat seperti berikut :

Pengarah Bahagian Matrikulasi

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Selamat membuat Rayuan Permohonan Matrikulasi 2018. Selamat mencuba dan moga dapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM 2018/2019.

Leave a Reply