Permohonan Private Retirement Scheme (PRS) 2019

Permohonan Private Retirement Scheme (PRS) 2019. Anda tahu tentang PRS Youth Incentive? Bagaimana cara permohonan PRS 2019? Berita baik buat anda yang ingin membuat simpanan anak mereka dimana kerajaan telah memperkenalkan satu dana insentif yang dikenali sebagai PRS Youth Incentive yang telah diperkenalkan sejak tahun 2014 lagi. Menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan masih tetap meneruskan program PRS Youth Incentive RM1,000. Untuk pengetahuan, Private Retirement Scheme atau PRS Youth Incentive adalah merupakan dana insentif sebanyak RM1,000 yang terbuka kepada golongan belia bermula daripada 20 tahun hingga 30 tahun.

Permohonan Private Retirement Scheme (PRS) 2018

Permohonan Private Retirement Scheme (PRS) 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Persaraan Swasta termasuk memaparkan syarat permohonan dan aplikasi online :

Apa Itu Private Retirement Scheme PRS?

Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta adalah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang diuruskan oleh syarikat-syarikat swasta yang mempunyai konsep sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Setiap PRS mengandungi pelbagai dana persaraan yang boleh dipilih oleh individu untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan mereka sendiri, matlamat dan ketahanan risiko. Pilihan dana bawah PRS perlu konsisten dengan objektif membina simpanan dan memastikan tebaran risiko yang berhati-hati.

Syarat Permohonan Private Retirement Scheme

Antara syarat-syarat kelayana Private Retirement Scheme :

1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur dari 20 tahun hingga 30 tahun.

3. Pemegang akaun Private Pension Administrator (PPA) sedia ada atau ahli baru.

Permohonan Private Retirement Scheme Online

Permohonan Private Retirement Scheme hendaklah dibuat melalui ejen atau konsultan yang memegang lesen PRS untuk proses pendaftaran PRS Youth Incentive.

Contoh Ejen PRS

● Affin Hwang Asset Management Berhad

● AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd

● Public Mutual

● RHB Asset Management Sdn Bhd

● AmFunds Management Berhad

● Kenanga Investors Berhad

Prosedur Pendaftaran PRS

1. Pilih penyedia atau agen yang menyediakan perkhidmatan PRS.

2. Buka akaun PRS.

3. Pilih pakej pelaburan persaraan yang kesesuaian dengan kemampuan anda.

4. Mula melabur PRS secara online. Lihat info lanjut disini.

Kelebihan Insentif PRS

○ Ahli akan diberi sumbangan satu kali RM1,000 apabila dia membuat sumbangan kasar sebanyak RM1,000.

○ Kriteria insentif ini:

i . Sumbangan kasar sebanyak RM1,000 mesti dibuat oleh belia Malaysia.

ii. Berusia antara 20 dan 30 tahun, belum mencapai usia 31 tahun.

iii. Dalam 2017 hingga 2018.

iv. Dalam dana PRS tunggal Penyedia.

○ Sumbangan boleh dilakukan secara seketika atau dibincangkan dalam tahun kalendar.

○ Insentif ini akan dilaburkan semula ke dalam dana.

○ Untuk sumbangan dengan lebih daripada satu dana PRS, insentif akan diberikan kepada dana yang terlebih dahulu mencapai sumbangan kasar sebanyak RM1,000.

○ Sekiranya sumbangan dibuat pada tarikh yang sama, insentif akan dibahagikan sama rata antara dana.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut boleh layari portal rasmi PPA di https://www.ppa.my/.

Selamat membuat pendaftaran PRS untuk mendapat insentif RM1,000 bagi yang menyimpan cukup RM1,000 setahun.

Leave a Reply