Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019. Berita baik buat rakyat Terengganu khususnya golongan belia antara 16 hingga 40 tahun yang belum memiliki lesen motosikal. Untuk makluman, kini kerajaan negeri Terengganu telah menawarkan satu program iaitu Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 kepada golongan belia. Bagi anda yang berkelayakan, permohonan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 1 Februari hingga 1 Mac 2019.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019

Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera ini hanya terhad kepada 25,000 golongan belia dengan agihan jumlah peserta yang berbeza-beza di setiap daerah. Program ini adalah salah satu manifesto PAS negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019 termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Februari – 1 Mac 2019

Syarat Kelayakan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera

Antara syarat-syarat kelayakan program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera adalah seperti berikut:

i. Menetap atau bermastautin secara tetap di negeri Terengganu

ii. Berumur 16 hingga 40 tahun

Cara Permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019

A. Secara Online

Pemohon boleh membuat permohonan secara online di http://idana.terengganu.gov.my

B. Secara Manual

Pemohon boleh mendapatkan borang secara manual menerusi seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

Selamat membuat permohonan Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera 2019 secara online atau manual.

Leave a Reply