Panduan Beli No PIN UPU 2022/2023 UNIK ID. Bilakah tarikh Permohonan UPU sesi akademik 2022? Panduan buat anda yang ingin membuat Permohonan UPUOnline sesi 2018, dimana bagi pelajar yang berkelayakan boleh memohon UPU 2018/2019 secara online bermula daripada 5 Februari 2018 sehingga 10 April 2018. Tetapi sebelum itu, pastikan pemohon membeli no pin UPU 2018/2019 terlebih dahulu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang dibuka pada 5 Februari 2018 hingga 9 April 2018.
Untuk pengetahuan anda, pembelian no pin UPU boleh didapati dengan dua cara iaitu melalui kaunter BSN atau mesin ATM BSN. Sebelum ini harga seunit no pin UPU berharga RM15.64 (termasuk caj GST). Kini, harga no pin UPU sesi akademik 2018/2019 telah berubah kepada RM15.60 (tidak dikenakan caj GST).
Panduan Beli No PIN UPU 2022/2023 UNIK ID
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pembelian no pin unik UPU termasuk memaparkan senarai kategori permohonan :
○ Tarikh Penting Permohonan UPU 2018/2019 ke UA/IPTA
A. Beli No Pin UPU di Kaunter BSN
Untuk cara ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan di rumah. Anda hanya perlu isikan maklumat permohonan UPU mengikut kategori masing-masing (lepasan SPM/ Setaraf @ STPM/ Setaraf) dengan lengkap. Pemohon perlu menyediakan wang berjumlah RM15.60 (tidak dikenakan caj GST) untuk pembayaran no pin UPU 2018/2019.
Setelah mengisi maklumat, anda perlu ambil no giliran dan pergi ke kaunter untuk proses pembayaran. Pastikan anda simpan nombor PIN UPU yang diberikan oleh staf bank dengan sebaiknya untuk digunakan membuat permohonan UPU secara online di portal rasmi UPU.
B. Beli No Pin UPU di Mesin ATM BSN
1. Masukkan Kad BSN dan no PIN (6 digit) anda.
2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya ‘SPM’ atau “STPM” (rujuk anda lepasan apa)
5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau MyKad anda.
6. ‘YA’ untuk meneruskan urusan transaksi.
7. Semak Maklumat.
8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
9. Resit Dicetak.
10. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan anda semasa permohonan nanti.
* Senarai kategori pembelian nombor pin UPU sesi 2018/2019 sila rujuk di Portal BSN.
BACA JUGA : Tarikh Pembelian No Pin UPU 2022/2023