Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2019 (BMT) RISDA. Bilakah tarikh permohonan dan kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh 2020? Berita baik buat pekebun kecil dan penoreh getah dimana kerajaan meneruskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun 2020. Untuk makluman menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia 2020, kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk Bantuan Musim Tengkujuh bagi meringankan bebanan pekebun kecil dan penoreh getah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon dan mengemaskini maklumat untuk Bantuan Musim Tengkujuh di semua pejabat RISDA seluruh negara sebelum 15 Disember 2019.
Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2019 (BMT) RISDA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Musim Tengkujuh termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : Sebelum 15 Disember 2019
Syarat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh
Antara syarat-syarat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil Pemilik Pengusaha yang berdaftar dengan RISDA mengusahakan kebun getah berkeluasan TIDAK LEBIH 2.5 hektar.
- Penoreh Bukan Pemilik yang berdaftar dengan RISDA dan menoreh di kebun getah berkeluasan TIDAK LEBIH 2.5 hektar
Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (Borang)
a. Pekebun kecil dan penoreh getah boleh membuat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh dengan dapatkan borang permohonan di semua pejabat RISDA seluruh Malaysia.
b. Borang permohonan juga perlu disertakan dengan beberapa dokumen iaitu ;
i) Pemohon Pemilik Pengusaha hendaklah melengkapkan Borang BMT (Pemilik) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC) jika ada; dan
c) Geran asal tanah dan salinan; dan
d) Salinan buku akaun bank yang aktif.
ii) Pemohon Penoreh Bukan Pemilik hendaklah melengkapkan Borang BMT (Penoreh) beserta dokumen sokongan berikut :
a) Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
b) Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
c) Salinan geran lot yang ditoreh; dan
d) Salinan Kad PAT-G; dan
e) Salinan buku akaun bank yang aktif.
BACA JUGA :
Sebarang pertanyaan tentang Bantuan Musim Tengkujuh, sila layari laman web Lembaga Getah Malaysia di http://bmt.lgm.gov.my atau hubungi di talian 03- 42564022.
Semoga anda berjaya mendapat bantuan kewangan ini untuk meringankan anda.
kenapa saya tidak pernah menerima bmt sehinga sekarang keluasan tanah
0.8 hektar shj