Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan, Terima Subsidi RM350 (RiDE)

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan, Terima Subsidi RM350 (RiDE). Nak ambil Lesen Motorsikal B2? Berita baik buat belia di negeri Selangor dimana kerajaan negeri mengumumkan program baharu iaitu Inisiatif Roda Darul Ehsan kepada anak muda negeri Selangor berumur 17 hingga 30 tahun. Inisiatif ini merupakan subsidi bagi mereka yang telah mempunyai Lesen Motorsikal B2 pada tahun 2020. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon inisiatif ini dengan memuat turun borang permohonan menerusi laman web rasmi MSN http://www.msnselangor.gov.my atau boleh didapati pada Urus Setia di Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan, Terima Subsidi RM350 (RiDE)

Inisiatif Roda Darul Ehsan atau singkatan RiDE adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam Inisiatif Peduli Rakyat yang dibentangkan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 pada 13 Julai yang lepas. Majlis Sukan Negeri Selangor telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) mulai 1 Ogos 2020. Anak muda negeri Selangor yang berumur 17 hingga 30 tahun dipelawa untuk merebut subsidi program Inisiatif baharu Kerajaan Negeri Selangor tahun 2020 bernilai RM350 seorang dan terhad untuk 3000 penerima sahaja.

Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan, Terima Subsidi RM350 (RiDE)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Inisiatif Roda Darul Ehsan termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan : Mulai 1 Ogos 2020

Syarat Program Inisiatif Roda Darul Ehsan

  1. Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun. Bagi yang bermastautin mesti
    mendapatkan pengesahan lokaliti kawasan masing-masing;
  2. Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja pada tahun 2020 (lahir pada tahun 1990 hingga 2003);
  3. Pemohon mestilah telah mempunyai lesen memandu B2(P) sahaja dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.
    Bagi lesen B dan D adalah tidak diterima.
  4. Bagi yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
  5. Bebas daripada senarai hitam dan saman JPJ/PDRM.

Kadar Subsidi

Pemohon yang berjaya akan menerima:

  • Subsidi Lesen B2 = RM 350.00
  • Kursus E-Hailing = RM200.00
  • Caruman Perkeso (1 tahun) = RM70.00

Cara Mohon Program Inisiatif Roda Darul Ehsan

1. Pemohon hendaklah mengisi borang dengan lengkap dan disertakan dengan beberapa dokumen seperti berikut;
a. Satu Salinan MyKad Pemohon
b. Satu Salinan Lesen Memandu Motorsikal B2 (P)
c. Satu Salinan Penyata Akaun Bank
d. Satu Salinan Penyata Gaji bagi yang bekerja (jika ada)
e. Satu Salinan Kad Pelajar (jika berkenaan)

2. Sila tandakan senarai semak dokumen sokongan yang dilampirkan bagi memastikan borang yang dihantar adalah
lengkap.

3. Borang permohonan boleh didapati dari Urus Setia di Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).

4. Borang permohonan juga boleh di muat turun di laman sesawang http://www.msnselangor.gov.my/ dan diserahkan terus kepada pejabat MSNS di alamat berikut:

Urus Setia RiDE
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-55109063 / 03-55196380
Faksimili : 03-55101377

BACA JUGA : Cara Mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN MyHome

Leave a Reply