Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia 2020 (Cara Renew)

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia 2020 (Cara Renew). Berapakah kadar bayaran/ harga passport antarabangsa Malaysia 2020? Untuk makluman, bermula tahun 2018 Jabatan Imigresen Malaysia telah memaklumkan bahawa passport dua (2) tahun RM200 sebelum ini telah dimansuhkan manakala pemohon passport boleh menikmati diskaun sebanyak RM100 diskaun bagi passport untuk tempoh lima (5) tahun. Harga asal sebelum ini adalah RM300.

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia 2018

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Senarai Harga Passport Antarabangsa Malaysia 2020 (Cara Renew)

Berikut dikongsikan adalah kadar harga baru passport antarabangsa Malaysia 2020 bagi tempoh 5 tahun :

1. Pemohonan biasa (13 Tahun-59 Tahun) : RM200

2. Warga Emas (60 Tahun keatas) : RM100

3. Kanak kanak (Bawah 12 Tahun) : RM100

4. Siswazah Luar Negara (bawah 21 tahun) : RM100

5. Jemaah haji : RM100

6. Orang Kelainan Upaya (OKU) : Percuma

Syarat Passport Antarabangsa Malaysia 2020

a. Kelayakan – Warganegara Malaysia.

b. Tempat Memohon – Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.

c. Tempoh Sah Laku – Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.

Permohonan Passport Kali Pertama

Pemohon perlu mematuhi prosedur seperti berikut :

1. Pemohon hadir sendiri ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

2. Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta tidak perlu membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

3. Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Sumber : IMI

Leave a Reply