Permohonan i-Citra KWSP RM5000 Diawalkan Mulai 12 Julai 2021

Permohonan i-Citra KWSP RM5000 Diawalkan Mulai 12 Julai 2021. Nak mohon pengeluaran i-Citra KWSP? Berita baik buat semua pencarum KWSP dimana menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan program i-Citra yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh lima (5) bulan kepada semua pencarum KWSP. Permohonan i-Citra boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 12 Julai 2021 menerusi laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun ahli KWSP pada bulan Ogos 2021.

Permohonan i-Citra KWSP RM5000 Diawalkan Mulai 12 Julai 2021

Menerusi program i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Tujuan i-Citra diperkenalkan untuk membantu ahli KWSP menghadapi cabaran kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam masa terdekat ini.

Permohonan i-Citra KWSP RM5000 Diawalkan Mulai 12 Julai 2021

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Citra KWSP termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara permohonan dan semakan status :

Tarikh Permohonan : 12 Julai – 30 September 2021

Apa Itu i-Citra KWSP?

i-Citra KWSP adalah satu pengeluaran terbaru KWSP yang ianya merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini.

Syarat Kelayakan Permohonan i-Citra KWSP

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan pengeluaran i-Citra KWSP adalah seperti berikut :

a. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

b. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Tarikh Bayaran i-Citra KWSP

Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli masing-masing pada bulan Ogos 2021.

Cara Memohon i-Citra KWSP Onlin

  1. Permohonan pengeluaran i-Citra KWSP boleh dibuat menerusi portal icitra.kwsp.gov.my sehingga 30 September 2021.
  2. Isikan Nombor MyKad/ MyPR dan nombor telefon bimbit.
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
  4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
  5. Tekan TERUSKAN.
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
  7. Semak semua maklumat dan tandakan TICK sebelum tekan HANTAR.
  8. Selesai.

Semakan Permohonan i-Citra KWSP Online

Untuk semakan permohonan i-Citra boleh dibuat menerusi portal https://icitra.kwsp.gov.my/ atau di i-Akaun KWSP.

Bayaran bagi pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli yang didaftarkan.

Untuk keterangan lanjut tentang i-Citra, sila layari ke laman web rasmi KWSP www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

BACA JUGA : Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) 2021

Leave a Reply