Permohonan egTukar 2018 Online Pertukaran Guru

Permohonan egTukar 2018 Online Pertukaran Guru | Adakah anda seorang guru dan berhasrat untuk memohon pertukaran tempat? Panduan buat anda dimana menerusi portal egtukar KPM telah mengumumkan tarikh permohonan egtukar 2018 antara bahagian/ negeri, antara daerah dan dalam daerah sesi JANUARI 2018 adalah dibuka permohonan secara online bermula 18 Februari 2018 sehingga 25 Mac 2018.

Permohonan egTukar 2018 Online Pertukaran Guru

Untuk makluman, permohonan secara dalam talian ini dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) sahaja.

Permohonan egTukar 2018 Online Pertukaran Guru

Berikut dikongsikan adalah Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru termasuk kriteria dan aplikasi online :

● Aplikasi Permohonan EgTukar : https://epgo.moe.gov.my/

● Tarikh Permohonan Dibuka : 18 Februari 2018

● Tarikh Permohonan Ditutup : 25 Mac 2018

Kriteria Melayakkan Guru Lulus Bertukar Negeri Lain

Terdapat tiga kriteria utama yang melayakkan guru lulus bertukar ke negeri yang dimohon iaitu:

a. Kepentingan perkhidmatan

b. Kekosongan jawatan

c. Keperluan opsyen di negeri yang dimohon

Cara Permohonan egTukar 2018 Pertukaran Guru Online

1. Layari ke laman web egtukar di pautan https://epgo.moe.gov.my/.

2. Daftar masuk dengan masukkan ID pengguna, kata laluan dan kad pengenalan anda.

3. Kemudian, isi borang pertukaran egtukar selengkapnya.

Semakan Keputusan EGTukar Sesi 2018 Online

Tarikh semakan keputusan Egtukar 2018 akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan dijangka boleh disemak pada pertengahan bulan April 2018.

Selamat membuat Permohonan egTukar 2018 secara online. Semoga anda berjaya untuk penukaran guru bagi tahun 2018.

Leave a Reply