Permohonan dan Semak Status Bantuan Insentif RM500 Untuk Pemandu E-Hailing. Berita baik buat pemandu E-Hailing sepenuh masa yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu E-Hailing full time dengan peruntukan RM60 juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi, kerajaan turut memperuntukkan bantuan kepada pemandu teksi sebanyak RM500 secara one-off. Permohonan boleh dibuat dengan dana akan dimasukkan oleh kerajaan kepada e-Hailing Operators (EHO). Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020.

Permohonan dan Semak Status Bantuan Insentif RM500 Untuk Pemandu E-Hailing
Berikut dikongsikan adalah bantuan insentif RM500 kepada pemandu e-Hailing termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Syarat Kelayakan Bantuan Insentif RM500 E-Hailing
a. Warganegara Malaysia
b. Memiliki Lesen Vokasional (PAV) yang masih tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
c. Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-Hailing di bawah Agensi Pengangkutan Darat (APAD).
d. Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1,200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020.
e. Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020.
Cara Memohon Bantuan Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing
Dana akan dimasukkan oleh kerajaan kepada e-Hailing Operators (EHO). Pembayaran kepada pemandu yang layak akan dibuat oleh EHO masing-masing.
Semak Status Bantuan Insentif RM500
Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020. Pemandu E-Hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan EHO masing-masing.
Soalan Lazim Bantuan Insentif RM500 Kepada Pemandu E-Hailing
1) Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-Hailing. Adakah saya akan mendapat dua kali bayaran insentif?
Setiap pemandu layak mendapat satu bayaran insentif sahaja.
2) Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-Hailing adalah saya akan menerima insentif bagi kedua-dua kategori :
Pemandu teksi yang menerima bantuan insentif RM600 tidak layak menerima bantuan insentif RM500 untuk pemandu E-Hailing.
3) Saya pemandu E-Hailing secara part time dan pemandu teksi juga part time. Adakah saya layak untuk kedua-dua bantuan ini?
Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :
Talian Hotline : 1800887723
Laman Web : www.mot.gov.my
Emel Aduan MOT : aduan@mot.gov.my
Emel Aduan APAD : taxi@apad.gov.my
BACA JUGA : Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)