Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2020 Online | Adakah anda kakitangan awam? Panduan buat anda para kakitangan awam khususnya warga pendidik yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sudah semestinya anda bimbang tidak mendapat gaji yang penuh semasa dalam tempoh melanjutkan pelajaran. Untuk makluman, kini anda tak perlu risau lagi dimana anda boleh memohon Cuti Belajar Bergaji Penuh oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2020. Tawaran permohonan ini dibuka mulai 09.02.2018 hingga 28.02.2018 mulai jam 5.30 petang secara online melalui sistem e-Penawaran.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.
Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2020 Online
Berikut dikongsikan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM termasuk memaparkan syarat permohonan dan aplikasi online :
○ Tarikh Buka Permohonan : 9 Februari 2018
○ Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2018
Cara Permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh Online
1. Bagi calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
2. Setelah selesai kemaskini maklumat di Sistem e-Operasi, sila klik Tawaran Hadiah Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP DB//HLPS/CBBP TB)-2018 untuk membuat permohonan. Sila isi maklumat anda mengikut butir yang telah disediakan
Info penting :
● Untuk ketahui syarat panduan permohonan cuti belajar bergaji penuh anda boleh rujuk di SYARAT ePENAWARAN.
● Untuk tatacara permohonan yang lengkap anda boleh baca disini.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:
1. Bahagian Tajaan Pendidikan (pertanyaan umum berkaitan program):
○ Telefon (hotline): 03-8321 7138
○ E-mel : epenawaran[@]moe.gov.my
2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
○ Telefon (hotline): 03-8884 3823/ 03-8884 3674


